Harian Metro

Sempat ke hospital sebelum ribut

-

Bukit Mertajam: “Mujur ibu saya sempat dihantar ke hospital sehari sebelum kejadian ribut dan angin kencang, Sabtu lalu,” kata Rashidin Abdul Rashid, 40, mangsa banjir yang ditempatka­n di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini, semalam.

Menurutnya, ibunya, Tijah Pin, 70, menghidap kencing manis, darah tinggi, jantung dan buah pinggang hanya terlantar di rumah yang baru diduduki mereka sejak berpindah ke Flat Taman Belimbing, awal Oktober lalu.

Katanya, dia bersyukur kerana ibunya sudah ditempatka­n di Hospital Bukit Mertajam (HBM) kerana pada malam

Jika saya tahu rumah di kawasan ini mudah dimasuki air, sudah tentu saya akan mencari kediaman lain memandangk­an pergerakan ibu terbatas”

Rashidin Abdul Rashid

Sabtu lalu, banjir melanda ke rumahnya yang terletak di tingkat bawah hingga paras paha.

“Jika saya tahu rumah di kawasan ini mudah dimasuki air, sudah tentu saya akan mencari kediaman lain memandangk­an pergerakan ibu terbatas menyukarka­n saya mengangkat­nya jika berlaku keadaan seperti ini.

“Pada malam kejadian, saya dan isteri, Rosnah Kassim, 34, hanya sempat mengambil pakaian anak dan perlu meredah air banjir sejauh 600 meter dalam keadaan angin kencang untuk menyelamat­kan diri dengan menumpang di rumah rakan berbangsa Cina di taman berdekatan yang belum lagi dinaiki air.

“Kedua-dua kaki saya cedera terjatuh dalam parit ketika meredah banjir, selain kedua-dua anak berusia dua dan lima tahun turut terjatuh ketika mendukung mereka.

“Namun, rumah rakan itu turut dinaiki air pada jam 2 pagi hingga paras dada menyebabka­n kami meminta bantuan untuk menaiki bot, seterusnya dibawa menggunaka­n lori Jabatan Kerja Raya (JKR) ke pusat pemindahan sementara pada jam 4 pagi, Ahad lalu,” katanya.

Mangsa lain, Arifin Hassan, 72, berkata, sepanjang dilahir dan dibesarkan di Kampung Padang Lalang di sini, itu kali pertama rumahnya dinaiki air hingga paras pinggang.

 ??  ?? RASHIDIN bersama keluargany­a dalam khemah yang ditempatka­n di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah dan Tanah SPT. ARIFIN berkemas untuk pulang ke rumah selepas air banjir di kawasan rumahnya mulai surut semalam.
RASHIDIN bersama keluargany­a dalam khemah yang ditempatka­n di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah dan Tanah SPT. ARIFIN berkemas untuk pulang ke rumah selepas air banjir di kawasan rumahnya mulai surut semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia