Harian Metro

Ganti pasport percuma

 Sapno terharu Ketua Pengarah Imigresen janji bantu permudah permohonan status PR

-

Georgetown: Mangsa banjir di negeri ini yang kehilangan pasport atau rosak boleh mendapatka­n semula dokumen itu secara percuma di seluruh cawangan Jabatan Imigresen Pulau Pinang, hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, bagaimanap­un mereka yang hilang pasport atau rosak akibat banjir itu perlu mematuhi syarat ditetapkan iaitu membuat laporan polis atau membawa pasport yang rosak ketika ke pejabat imigresen di Georgetown atau Seberang Jaya.

Menurutnya, tempoh untuk menggantik­an pasport itu hingga 31 Disember depan dan pemilik perlu memastikan pasport mereka masih belum tamat tempoh.

“Kita prihatin dengan nasib mangsa banjir yang kehilangan pasport atau rosak bukan kerana kecuaian dan kita turut memberi keistimewa­an ini kepada mangsa di Kulim, Kedah kerana ia berhampira­n negeri ini,” katanya selepas Program Walkbout Misi Cakna Kebajikan Pasca Banjir di Bayan Baru di sini, semalam.

“Alhamdulil­lah, syukur kepada Allah kerana saya sendiri dapat bercakap dengan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.

“Beliau berjanji membantu memudahkan proses permohonan bagi mendapat status taraf penduduk tetap (PR) kepada saya,” kata bilal surau Taman Free School, Sapno Tukijo, 50, yang kisahnya tular di laman sosial kerana membantu menumpangk­an mangsa banjir kaum Cina dan India di surau itu, Ahad lalu.

Menurut Sapno, dia ikhlas membantu semua mangsa banjir dan memang tidak mengharap sebarang balasan, namun kesudian Ketua Pengarah Imigresen membantuny­a disambut dengan hati terbuka.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk mengucapka­n terima kasih kepada beliau (Mustafar) kerana sudi membantu memudahkan tahun menuntut di kolej Komuniti manakala anak keempat berusia 17 tahun dan bongsu berusia 12 tahun,” katanya.

Menurutnya, dia berasal dari Sumatera dan selain menjadi bilal di Surau Taman Free School, turut menjadi bilal di Masjid Kapitan Keling, di sini.

 ??  ?? PENDUDUK berhampira­n Flat Taman Free School, Akbar Ali, 55, (kanan) memberi sumbangan beras kepada Sapno di Jalan Lengkok Sungai Pinang, Pulau Pinang.
PENDUDUK berhampira­n Flat Taman Free School, Akbar Ali, 55, (kanan) memberi sumbangan beras kepada Sapno di Jalan Lengkok Sungai Pinang, Pulau Pinang.
 ?? Mustafar ?? Kita prihatin nasib mangsa banjir yang kehilangan pasport atau rosak bukan kerana kecuaian dan juga kepada mangsa di Kulim, Kedah”
Mustafar Kita prihatin nasib mangsa banjir yang kehilangan pasport atau rosak bukan kerana kecuaian dan juga kepada mangsa di Kulim, Kedah”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia