Harian Metro

Bantuan khas ‘one-off’ kepada mangsa banjir

-

Georgetown: Kerajaan negeri mengumumka­n bantuan khas RM500 secara

kepada mangsa banjir dan ribut yang berlaku pada 4 dan 5 November lalu di negeri ini.

Bantuan khas diumumkan Ketua Menteri Lim Guan Eng itu sebahagian daripada peruntukan RM100 juta dalam program pasca bencana Pulau Pinang Bangkit yang akan dilancarka­n.

Beliau berkata, bantuan khas itu membabitka­n hampir 100,000 isi rumah dan perniagaan yang terjejas yang akan diterima selewat-lewatnya akhir bulan depan.

“Program ini dianggarka­n menelan belanja RM50 juta dan setiap isi rumah hanya boleh memohon sekali saja bagi kerugian hartanah mereka. “Jumlah itu tidak termasuk derma orang awam dan kami mengalu-alukan sumbangan kepada mangsa banjir dalam bentuk projek atau wang tunai,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Borang permohonon akan dikeluarka­n selepas kerajaan negeri selesai membayar bantuan RM400 kepada mangsa banjir yang berlaku pada 15 September lalu.

Menurutnya, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) juga bersetuju mengecuali­kan surcaj pemulihara­an air kepada satu kitaran penggunaan selama dua bulan serta memberikan diskaun 50 peratus bagi kegunaan air untuk kegunaan domestik isi rumah dan 25 peratus bagi kegunaan komersil.

Kota Bharu: Kerajaan Persekutua­n akan menghulurk­an bantuan kepada sekolah agama dan pondok yang terjejas akibat bencana banjir di Pulau Pinang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya menerusi Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) mengumpul maklumat sekiranya terdapat sekolah agama dan pondok yang dinaiki air.

Katanya, bantuan akan dihulurkan tanpa mengira fahaman politik.

“Seperti banjir besar yang menimpa Kelantan pada

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia