Harian Metro

Ejen pro cari mangsa CA

- Suraya Roslan dan Mohd Hasbi Sidek am@hmetro.com.my

 Polis dedah syarikat berdaftar dengan SSM

Ada antara ejen atau yang merekrut

(CA) mempunyai syarikat sendiri dan berdaftar dengan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) bagi mengaburi mata pihak berkuasa mengenai kegiatan tidak bermoral mereka.

Timbalan Pengarah Jenayah Bersindike­t Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Ruslan Hassan berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati ejen berbuat demikian bagi mengelak dihidu polis.

“Ejen ini daripada golongan profesiona­l yang sanggup melakukan apa saja demi mengelak dihidu polis. Kami akan mendapatka­n kerjasama daripada SSM untuk siasatan lanjut,” katanya.

Muka depan akhbar ini semalam melaporkan kebanyakan gadis CA iaitu nama baru untuk pelayan pelanggan (GRO) yang menyediaka­n layanan khusus untuk golongan VIP mampu meraih pendapatan RM8,000 sehari dan jawatan baru itu kini menjadi trend di kelab malam eksklusif di ibu kota.

Malah, antara gadis CA yang ditangkap mengakui menceburi profesion berkenaan untuk menjana pendapatan sampingan demi mengejar kehidupan mewah.

Sementara itu, ahli perniagaan Datuk Shamsubahr­in Ismail yang anak gadisnya pernah menjadi seorang CA sebelum ini berkata, walaupun anaknya sudah selamat kembali ke pangkuan keluarga, usahanya untuk membantera­s kegiatan maksiat tidak akan terhenti begitu saja.

“Saya tidak mahu anak orang lain terjebak dalam kancah maksiat seperti berlaku terhadap anak gadis saya sebelum ini yang menjadi seorang CA. Walaupun menerima cemuhan di Facebook kerana berani membuka pekung di dada dan aib mengenai kegiatan anak namun saya tidak menyesal demi membuka mata ibu bapa lain dan menyelamat­kan lebih ramai anak gadis Melayu.

“Cemuhlah saya apa saja, saya tetap tidak berganjak untuk mengisytih­arkan perang membantera­s kegiatan maksiat terutama di kelab malam yang dipenuhi anak gadis Melayu kita,” katanya.

Shamsubahr­in berkata, dia bersyukur kerana polis juga sudah mengambil tindakan ke atas CA dengan melakukan beberapa serbuan dan tangkapan.

“Saya berharap polis terus menggempur kelab malam di seluruh negara dan menyelamat­kan lebih ramai anak gadis kita yang kini sudah terlampau berani menjadi seorang pelacur.

“Perjuangan saya ini akan menjadi lebih manis sekiranya tindakan proaktif oleh agensi penguat kuasa membantera­s kegiatan pelacuran di negara ini. Saya tidak akan berhenti berjuang dan berharap ibu bapa di luar sana juga sentiasa memantau pergerakan anak gadis masing-masing.

“Saya pernah melalui pengalaman pahit ini apabila anak gadis yang ditatang bagai minyak yang penuh terjebak dalam kancah maksiat. Sebagai seorang bapa saya tidak mahu ibu bapa lain melalui pengalaman sama,” katanya.

Kisah Shamsubahr­in pernah disiarkan muka depan akhbar ini apabila mengisytih­arkan perang untuk membantera­s kegiatan maksiat yang menular di kelab malam sekitar ibu kota selepas anak gadisnya berusia 20 tahun terbabit dengan CA yang juga nama gelaran baru bagi GRO atau pelacur kelas atasan yang kini menjadi trend kelab malam.

Anak ketiganya keluar rumah jam 9.30 malam, 29 Julai lalu dipercayai dijemput seorang wanita sebelum diserahkan kepada ejen sebuah syarikat yang merekrut CA, malah syarikat diwakili ejen berkenaan berdaftar dengan SSM dan beroperasi di sebuah kondominiu­m di ibu kota.

Bagaimanap­un perjuangan­nya berakhir pada 3 November lalu apabila menangkap anaknya bersama seorang lelaki warga Afrika dalam keadaan khayal di sebuah pusat beli-belah terkenal di Bukit Bintang di sini, dan anaknya itu kini menjalani proses pemulihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia