Harian Metro

Kondo makmal agen VX

- Sarah Zulkifli sarah@hmetro.com.my

Rumah seorang suspek dalam kes bunuh warga Korea Utara, Kim Chol atau didakwa sebagai Kim Jong-nam, abang pemimpin negara itu diserbu polis selepas kondominiu­m di Dynasty Garden, Kuala Lumpur dikatakan menjadi makmal haram menghasilk­an agen saraf VX.

Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang/Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Asisten Superinten­dan Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz berkata, serbuan dilakukan polis ke atas rumah warga Korea Utara Ri Jong-Chol, 47.

Mahkamah turut dimaklumka­n Jong-Chol graduan sains khusus dalam bidang kimia, selain beliau juga pemilik kenderaan pelbagai guna, Naza Ria yang digunakan untuk membawa tiga suspek warga Korea Utara yang masih bebas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2) ke KLIA bagi keluar dari negara ini pada hari insiden Kim Chol diserang iaitu 13 Februari lalu.

Wan Azirul Nizam yang juga saksi pendakwaan kesembilan berkata, dalam serbuan itu polis merampas botol mengandung­i bahan kimia klorida dan sarung tangan.

“Turut dirampas empat telefon bimbit, empat kad SIM, dua tablet dan dua komputer riba dan satu set komputer, berus gigi dan wang tunai berjumlah AS$38,000 (RM160,626).

“Semua barangan itu (kecuali wang tunai) dihantar ke Jabatan Forensik Polis di Cheras,” katanya ketika menjawab soalan peguam Gooi Soon Seng yang mewakili tertuduh warga Indonesia, Siti Aisyah, 25, yang didakwa membunuh Kim Chol bersama tertuduh warga Vietnam, Doan Thi Huong, 28 serta empat suspek yang masih bebas.

Menurut Wan Azirul Nizam, beliau menyiasat kewujudan agen saraf VX dengan menghantar barang kes ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

“Bagaimanap­un, polis tidak merampas apa-apa pakaian dan keratan kuku jari milik suspek untuk mengesan kewujudan bahan beracun itu yang didakwa menyebabka­n kematian Kim Chol, berikutan tiada keperluan berbuat demikian,” katanya.

Wan Azirul Nizam berkata, Jong-Chol ditahan pihak berkuasa pada 17 Februari lalu selama dua minggu bagi membantu siasatan kes bunuh berprofil tinggi itu.

“Polis turut mengambil keterangan suspek mengikut Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah sebelum diusir pulang ke Korea Utara pada 3 Mac lalu,” katanya.

Ketika menjawab soalan Gooi jika seseorang diusir ke Korea Utara adalah mustahil mendapatka­n individu bagi memberikan keterangan sebagai saksi, Wan Azirul Nizam berkata, ia kemungkina­n berlaku namun beliau tidak menerima arahan membawa Jong-Chol kembali ke negara untuk disapina sebagai saksi.

Ditanya sama ada beliau bersetuju Jong-Chol antara suspek utama dalam kes itu, saksi menjawab ‘tidak’.

Pada 1 Mac lalu di Mahkamah Majistret Sepang, dekat sini, Siti Aisyah dan Doan yang didakwa bersama empat lagi masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas klia2, jam 9 pagi, pada 13 Februari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Perbicaraa­n di hadapan Datuk Hakim Azmi Ariffin bersambung pada Isnin depan.

 Polis temui klorida di rumah suspek graduan sains kimia

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SITI Aisyah (atas) dan Doan (bawah) dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
SITI Aisyah (atas) dan Doan (bawah) dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia