Harian Metro

Munajat tunggu ayah

- Rosliza Mohamed am@hmetro.com.my

 Dua anak baca Yasin doa berterusan atas batu tepi laut harap bapa hilang selamat

Seawal jam 9 pagi, dua wanita dilihat sudah berada di jeti menanti kepulangan ayah mereka yang hilang selepas bot yang dinaiki terbalik di Kuala Besar, sejak Selasa lalu.

Sayu hati melihat Wan Noraini Wan Husin, 35, dan adiknya, Wan Nurul Izza, 33, duduk bersila membaca surah Yasin sambil berdoa supaya ayah mereka Wan Husin Wan Abdullah, 62, ditemui selamat.

Biarpun sudah tiga hari hilang, dua beradik ini cukup yakin ayah mereka masih selamat.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, bot yang dalam perjalanan pulang itu terbalik selepas dipukul ombak sebelum Wan Husin dan rakannya Wan Zaidi Wan Hussin, 57, terpaksa berpaut pada bot selama tiga jam untuk menyelamat­kan diri.

Wan Zaidi ditemui orang ramai dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas berenang selama sejam ke daratan manakala sehingga kini, Wan Husin masih belum ditemui.

Wan Noraini berkata, selepas kejadian itu, keluargany­a melakukan solat hajat di samping membaca surah Yasin di rumah dan di tepi jeti Kuala Besar.

Dia bersama adiknya kemudian ke jeti berkenaan dengan membaca surah Yasin dan berdoa supaya ayahnya ditemui selamat.

“Saya yakin ayah masih masih hidup, tetapi berada dalam keadaan lemah dan kelaparan.

“Keluarga tidak putus-putus menunaikan solat hajat bersama saudara-mara dan rakan lain, cuma pagi tadi (semalam) saya dan adik mengambil keputusan untuk pergi ke jeti membaca surah Yasin semoga operasi pencarian ayah dipemudahk­an,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan pesara guru itu turun ke laut bersama rakannya pada jam 2.30 petang dan menangkap udang, sotong dan ikan selama satu jam sebelum bergerak ke darat.

Sebaik sampai di Kuala Besar, bot mereka terbalik selepas dipukul ombak dan mereka berpaut pada kepala bot selama tiga jam sebelum berpisah pada jam 7 malam.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu Pegawai Bomba Kanan II Ayub Mustafa berkata, operasi mencari dan menyelamat pesara guru itu diperluask­an sehingga 20 kilometer.

Katanya, seramai 49 orang membabitka­n anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) dan nelayan melakukan pencarian itu.

“Gerakan mencari bermula dari jam 9 pagi sehingga lewat petang bersama agensi lain membabitka­n tujuh bot di kawasan sejauh kira-kira 20 kilometer termasuk sehingga ke Pengkalan Kubor, Tumpat.

“Selain itu, pencarian juga dilakukan di pesisiran pantai kawasan berhampira­n Kuala Besar,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA membuat persediaan menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat.
DUA beradik setia membaca Yasin di tepi jeti Kuala Besar.
ANGGOTA membuat persediaan menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat. DUA beradik setia membaca Yasin di tepi jeti Kuala Besar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia