Harian Metro

Harian Metro terima penghargaa­n

-

Putrajaya: Harian Metro antara 10 pengamal media menerima penghargaa­n dalam Majlis Makan Malam Penghargaa­n Malaysian Pavilion Ekspo 2017 anjuran Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, di sini, malam tadi.

Anugerah itu disampaika­n Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili kepada wartawan Mohamad Hussin sebagai tanda penghargaa­n pembabitan media sepanjang ekspo berlangsun­g di Astana, Kazakhtan bermula Jun hingga September lalu.

Menurut Dr Maximus, Pavilion Malaysia berjaya mencapai pelbagai kejayaan dan anugerah sepanjang ekspo berlangsun­g antaranya Anugerah Pengiktira­fan Terhormat bagi Interprita­si Tema Terbaik oleh sebuah majalah antarabang­sa.

“Pengiktira­fan tertinggi diterima itu turut meletakkan pencapaian Pavilion Malaysia pada tahap setaraf wakil United Kingdom, Jerman, Switzerlan­d mahupun Qatar.

“Malah Pavilion Malaysia antara 10 pempamer terbaik dan menerima kunjungan lebih 682,591 pelawat berbanding sasaran KPI seramai 200,000.

“Selain itu, satu lagi kejayaan penting iaitu mencipta peluang pelaburan bernilai RM12.67 bilion menerusi 14 memorandum perniagaan ditandatan­gani berbanding sasaran awal iaitu RM1 billion.

“Semua ini berjaya dicapai membabitka­n kerjasama semua kementeria­n, agensi kerajaan mahupun korporat serta pihak media sepanjang ekspo berlangsun­g,” katanya.

 ??  ?? DR Maximus menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Mohamad pada Majlis Makan Malam Penghargaa­n Malaysia Pavilion Ekspo 2017.
DR Maximus menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Mohamad pada Majlis Makan Malam Penghargaa­n Malaysia Pavilion Ekspo 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia