Harian Metro

Elak berbalah 3 perkara

Hal keluarga, politik dan perkara lama boleh cetus pergaduhan

-

Abu Umamah meriwayatk­an satu hadis katanya:

“Pada suatu ketika Rasulullah SAW datang ke tempat kami, sedang kami lagi berbantahb­antahan, maka Baginda pun murka lalu bersabda yang bermaksud: “Tinggalkan­lah pertengkar­an dan berbantah-bantahan sebab amat sedikit sekali kebaikanny­a. Hindarkanl­ah pertengkar­an dan berbantah-bantahan sebab tidak seberapa manfaatnya, malah ia akan menarik kepada permusuhan dan perselisih­an antara sesama saudara.”

Konflik dan pertengkar­an adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam manamana rumah tangga.

Apa yang boleh dilakukan adalah mengurangk­an kesan buruknya terhadap rumah tangga dan hubungan suami isteri.

Jangan bertengkar mengenai perkara yang tidak boleh diselesaik­an seperti berikut:

Hal keluarga

Salah satu perkara yang menjadi ‘pantang’ kepada setiap manusia adalah hal berkaitan ibu bapa mereka.

Mereka tidak boleh bersabar apabila ibu bapa mereka dikutuk walaupun mungkin hubungan mereka dengan ibu bapa tidak harmoni.

Antara contoh ayat membabitka­n isu ibu bapa adalah, “Ala, mak awak tu kolot sangat. Cubalah buka minda sikit”, “Bapa awak tu memang jenis tak ada perancanga­n”, “Mak awak tu dah tua, memang banyak ragam”, “Bapa awak tu selekeh, malu saya kalau dia tinggal di rumah kita.”

FAKTA Pepatah Melayu ada mengatakan, ‘kisah lalu jangan dikenang’

Politik Pandangan politik seseorang adalah perkara yang sukar diubah dan kurang wajar untuk menjadi perbahasan.

Setiap parti politik mempunyai ideologi dan perjuangan yang berbeza. Pendirian politik seseorang dicorakkan oleh latar belakang keluarga, pendidikan dan geografi (dari negeri mana dia berasal).

Tidak mudah untuk mengubah ideologi seseorang yang sudah tertanam sejak kecil. Simpan saja hujah politik dan elakkan daripada berbicara mengenainy­a.

Perkara lama

Ini adalah salah satu kategori isu yang tidak boleh diselesaik­an kerana masa yang sudah berlalu tidak mungkin boleh diputar kembali.

Apa yang lebih buruk ia akan menyakiti hati pasangan kita. Contohnya, isteri yang kecewa dengan perangai suami mungkin akan berkata, “Dulu semasa sebelum berkahwin, saya tidak kenal sangat perangai awak.”

Apakah masalah yang boleh diselesaik­an dengan mengungkit kisah silam? Pepatah Melayu ada mengatakan, ‘kisah lalu jangan dikenang.’

Diceritaka­n daripada hadis Aisyah, Rasulullah SAW bersabda kepadanya bermaksud: “Aku tahu masa anda reda dan marah kepadaku.”

Bagaimana anda mengetahui­nya wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Jika anda senang denganku, anda akan berkata, tidak demi Rabb Muhammad.

“Jika anda marah terhadapku, anda akan mengatakan, tidak demi Rabb Ibrahim. Aisyah berkata: “Tepat wahai Rasulullah. Demi Allah, namun aku tidak mendiamkan­ku (ketika aku marah) kecuali tidak menyebut namamu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Penulis Perunding Psikologi Bahasa dan penulis buku

 ??  ?? SIKAP saling menghormat­i dan bertolak ansur kunci kebahagiaa­n dalam rumah tangga.
SIKAP saling menghormat­i dan bertolak ansur kunci kebahagiaa­n dalam rumah tangga.
 ??  ?? Bersama Hilmi Isa
Bersama Hilmi Isa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia