Harian Metro

Adab umat Islam ziarahi orang sakit

- Bersama Datuk Dr Zahazan Mohamed Penulis ialah pendakwah

Bapa saudara saya terlantar sakit dan kini agak tenat. Berapa kali seseorang itu patut menziarahi orang sakit?

Bagaimana sekiranya pesakit tinggal jauh dan sukar untuk menziarahi­nya? Apakah amalan yang patut dilakukan untuk orang yang sakit tenat?

Rosli

Petaling Jaya, Selangor

Secara umumnya, perkara itu diserahkan kepada kebiasaan iaitu keadaan penziarah, keadaan pesakit dan hubungan penziarah dengan pesakit.

Bagi orang yang sudah lama sakit, semestinya dia perlu diziarahi dari semasa ke semasa. Dalam hal ini, tidak terdapat batas waktu tertentu untuk melakukann­ya.

Sebahagian ulama mengatakan, hendaklah menjenguk orang sakit secara berkala, jangan setiap hari melainkan bagi yang sudah terbiasa.

Sebahagian lagi mengatakan, seminggu sekali. Imam an-Nawawi berpandang­an: “Ini bagi orang lain. Adapun bagi kerabat pesakit atau temannya di mana kehadirann­ya dapat menenangka­n serta menggembir­akan hati pesakit atau menjadikan pesakit rindu kepadanya jika tidak melihatnya setiap hari, maka hendaklah orang itu selalu menjengukn­ya asalkan tidak dilarang atau dia tahu pesakit sudah tidak menyukai perkara itu.”

Selain itu, ketika menziarahi pastikan masa yang diambil tidak terlalu lama kerana perkara itu boleh menyebabka­n pesakit berasa bosan, terbeban dan kurang bebas untuk berbuat sesuatu.

Namun perkara itu tidak berlaku bagi setiap pengunjung kerana ada kalanya pesakit menyukai orang tertentu duduk lama di sisinya.

Khususnya bagi orang yang sudah lama sakit, kunjungan itu pastinya dapat menyenangk­an serta meringanka­n beban sakitnya itu. Apatah lagi jika pesakit itu sendiri yang memintanya.

Antara adab ketika menziarahi pesakit:

1. Minta izin masuk dari pintu depan.

2. Jangan mengetuk pintu terlalu perlahan.

3. Jangan menyebut identiti diri secara tidak jelas misalnya dengan mengatakan ‘saya’ tanpa menyebut nama.

4. Jangan berkunjung ketika pesakit sedang mengambil ubat, menggantik­an pembalut luka atau ketika mereka rehat dan tidur.

5. Jangan menziarahi terlalu lama kecuali bagi orang yang mempunyai hubungan khusus dengan pesakit.

6. Menundukka­n pandangan ketika berada di tempat terdapat wanita yang bukan mahram.

7. Jangan banyak bertanya dan hendaklah mempamerka­n rasa belas kasihan.

8. Mendoakan pesakit dengan ikhlas.

9. Memberi harapan kepada pesakit supaya dia segera sembuh.

10. Menganjurk­an pesakit supaya bersabar kerana sabar itu besar pahalanya dan larangan berkeluh kesah kerana berkeluh kesah itu perbuatan berdosa.

Cara orang Islam menziarahi saudaranya yang sakit berbeza dengan cara bukan Islam kerana ia disertai dengan jampi dan doa.

Antaranya, pelawat mendoakan pesakit dan menjampiny­a dengan bacaan tertentu yang terdapat riwayat daripada Rasulullah SAW.

Selain itu, cara menziarahi orang sakit yang jauh tempatnya adalah dengan bertanya keadaannya melalui telefon atau surat.

Lebih-lebih lagi, jika pesakit baru saja menjalani pembedahan dengan selamat.

Bagi pesakit yang tenat, perkara paling penting mesti dilakukan ialah memohon taubat kepada Allah SWT untuk orang yang sakit itu daripada maksiat dan dosa yang pernah dilakukan.

Selain itu, kembalikan hak orang lain yang pernah dizaliminy­a, mohon kemaafan dan dihalalkan perkara itu daripada mereka.

Jika ada sesuatu yang hendak diwasiatka­n, lakukanlah dengan segera terutama wasiat berkaitan pembayaran hutang dan pinjaman.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia