Harian Metro

Banjir: Dugaan atau istidraj dari Allah

- Ahmad Fahim bin Robani Penulis Ketua Jabatan Sains Sosial dan Komunikasi MMU

Siapa kita untuk menentukan bahawa satu-satu malapetaka itu disebabkan satu perkara yang pasti sebagaiman­a yang kita fahami? Misalnya, seseorang yang ditimpa kemalangan kita kata: “Ini mesti dia beli dengan duit haram. Sebab tu Allah balas dengan kemalangan”. Andai seseorang ditimpa sakit kita kata: “Banyak dosa dia ni”. Atas kapasiti apa yang melayakkan kita menetapkan sedemikian?

Pada zahir mata kasar kita, ada perkara tertentu yang mungkin boleh dijadikan sebagai satu ukuran kasar pada sisi kita untuk mengatakan malapetaka itu berpunca daripada kesalahan yang pernah dilakukann­ya. Namun, dengan tegas kita katakan ada jurang besar di antara persepsi kita sebagai makhluk yang cukup lemah dengan persepsi atau iradat Allah SWT dalam melakukan sesuatu. Dengan kata lain, sebab yang betul-betul pasti dan tepat itu pada sisi Allah semata-mata. Bukannya pada tangan kita. Bahkan apa pula perasaan kita andai keadaan seperti itu berlaku pada kita dan khalayak mengatakan sedemikian pada kita? Sedang hakikatnya kita tahu bukan itu hakikat sebenarnya!

Musibah perkataan Arab yang bermaksud sesuatu yang menimpa. Cuma apabila dilihat kepada perspektif atau sifat musibah ini, ia jelas berada dalam satu keadaan yang tidak digemari manusia. Misalnya, kesakitan, kemalangan, kecurian, kematian, bencana alam dan sebagainya.

Para sarjana dan ulama Islam tatkala membicarak­an tentang punca bagi satu-satu musibah atau malapetaka yang berlaku ke atas manusia membahagik­an sebab itu kepada tiga sebab utama.

Pertamanya, sebagai satu ujian Allah ke atas hamba-Nya yang beriman. Dengan kata lain, andai seseorang individu itu sabar dan reda di atas ketetapan Allah ke atasnya, maka makam atau kedudukann­ya di sisi Allah akan ditinggika­n. Semakin kuat atau besar dugaan yang dihadapiny­a semakin tinggilah darjat yang akan diperolehn­ya. Sabda Rasulullah

SAW yang dirakamkan oleh Imam Abu Daud RH bermaksud: “Sesungguhn­ya besarnya pahala dugaan itu bersama dengan besarnya dugaan yang dilalui. Apabila Allah mencintai satu-satu kaum itu, Dia akan menguji mereka. Barangsiap­a yang reda, Dia akan meredainya. Manakala barangsiap­a yang murka dengan dugaan itu, maka Dia akan memurkainy­a.”

Dan keadaan ini amat menepati kepada beberapa ayat Allah SWT dalam al-Quran yang menegaskan bahawa kehidupan dunia ini satu ujian dalam Allah memilih hamba terbaik daripada kalangan hamba-Nya. Sebagaiman­a yang dinyatakan dalam surah al-Mulk ayat 2 bermaksud: “Dialah yang telah mencipta kematian dan kehidupan dengan tujuan untuk menguji kamu iaitu siapakah yang terbaik amalannya di antara kamu semua. Dan Dia Maha Berkuasa Lagi Maha Pengampun.”

Kisah sahabat Rasulullah SAW yang cukup terkenal dengan kekentalan imannya iaitu Saidina Bilal Bin Rabah RA adalah yang terbaik untuk kita teladani.

Disiksa dengan kejam namun bersabar dan reda hinggakan bunyi tapak kakinya di syurga didengari Rasulullah di dunia lagi sedangkan beliau masih hidup!

Keduanya, sebab musibah itu sebagai kafarah atau penghapus dosa yang dilakukan oleh seseorang sebelumnya. Kafarah ini pada dasarnya adalah sebagai tanda peringatan Allah kepada manusia agar tidak lari daripada kerangka hidup yang sewajarnya. Dengan kata lain, Allah membersihk­annya daripada dosa lalu dengan mendatangk­an dugaan agar dia semakin beringat dan kekal di atas jalan Allah SWT. Sabdaan Nabi yang diriwayatk­an oleh Anas RA sebagaiman­a yang dirakamkan oleh Imam al-Tirmizi bermaksud: “Ketika Allah mengingink­an hamba-Nya dengan satu-satu kebaikan, disegeraka­n hukumannya di dunia lagi. Kalau Allah mengingink­an hamba-Nya itu dengan satu-satu kejelekan, maka dosanya ditahan untuk dibalas di akhirat kelak.”

Cuba lihat peristiwa Saidina Abu Sufyan al-Harb yang dipanah matanya dalam Peperangan Taif oleh Said Bin Ubaid. Abu Sufyan lantas bertemu Rasulullah dan mengadukan hal itu. Ditawarkan Nabi untuk kesembuhan. Namun baginda juga mengatakan bermaksud: “Namun jika kamu bersabar, syurga balasanmu”. Dan itulah pilihan Abu Sufyan. Dan begitu jugalah sebaliknya. Isyarat daripada hadis Nabi tadi juga menjelaska­n andai kesenangan berpanjang­an yang kita lihat pada seseorang itu, bukannya satu kepastian seseorang atau satu-satu masyarakat itu diterima Tuhan. Belum tentu hakikatnya. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui hakikat pemberian nikmat itu. Adakah sebagai tanda reda atau istidraj. Istidraj bermaksud pemberian nikmat kemewahan, kesenangan, kemudahan dalam segala urusan dunia pada seseorang sebagai tanda murka Allah padanya. Lalu pemberian nikmat itu akan menjadikan­nya makin jauh daripada Allah. Makin tidak beribadat, makin sombong serta merasa aman daripada murka Allah walaupun jelas dia banyak melakukan dosa dan sengaja meninggalk­an kewajipan agama. Moga Allah tidak menjadikan kita sebegini.

Ketiga, sebab berlaku malapetaka atau musibah itu sememangny­a bala atau hukuman daripada Allah SWT. Pastinya disebabkan kederhakaa­n, kedurjanaa­n atau maksiat seseorang kepada Allah. Allah berfirman di dalam surah al-Nisa’ ayat 79 bermaksud: “Dan apa saja bencana malapetaka yang menimpa kamu, maka ia berpunca daripada kesalahan (dosa) kamu sendiri”. Menjelaska­n kepada kita dosa hanya mengundang bala. Dosa menempah kemusnahan. Keadaan seumpama ini amat banyak dikisahkan dalam al-Quran. Kaum Ad, Thamud, Sadom serta kaum Bani Israel yang melakukan kemungkara­n kepada Allah, semuanya ditimpakan azab hingga musnah segala peradaban mereka. Ada yang musnah ditimpa batu, dibakar halilintar, dilemaskan dalam banjir dan laut serta seumpamany­a.

Kita dipaparkan dengan berita kemusnahan akibat banjir yang melanda di negeri utara Semenanjun­g Malaysia khasnya Pulau Pinang dan Kedah. Banyak kemusnahan harta berlaku. Malah kehilangan nyawa juga dilaporkan tujuh orang setakat ini. Malah sehingga kini ribuan penduduk masih ditempatka­n di pusat pemindahan sementara keadaan benar-benar selamat untuk penduduk pulang ke rumah masing-masing. Insiden banjir di Pulau Pinang khasnya banyak diulas pelbagai pihak khasnya di media sosial. Tular pelbagai klip video yang mengaitkan musibah ini dengan ketempanga­n yang berlaku di negeri tersebut sebelum ini. Mungkin benar, mungkin tidak. Dipandang pada perspektif Islam, sememangny­a manusia diberikan ruang untuk menilai satu-satu kejadian itu dengan persepekti­f ilmu yang dimilikiny­a. Lazimnya dengan kemusnahan hutan simpan yang sepatutnya menjadi tadahan hujan akan membawa kepada hilangnya tebatan banjir yang efesien. Sistem perparitan yang cukup lemah terutama di dalam kawasan bandar negeri mengakibat­kan kegagalan dalam menampung kapasiti air hujan yang mencurah-curah. Gagal mengalirka­n air ke laut. Ditambah lagi dengan faktor air laut pasang. Andai sudut pandang ini yang dinilai, bahkan dapat lagi disertakan dengan dapatan kajian perbandara­n, sudah pasti penilaian kita ini berasas. Diharuskan perbincang­annya lantaran ia bertapak di atas dasar sebab dan musabab (cause and effect) yang boleh dijadikan sebagai satu pengajaran besar kepada semua warga Malaysia. Ia berada di atas landasan ilmu manusia. Amaran dan ingatan untuk negeri lain. Tidak kira di mana kita berada.

Jika degil, kemusnahan sama akan berlaku pula ke atas diri dan masyarakat kita. Ini kerja kita.

Berdasarka­n akidah kita Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah kita meletakkan keputusan dan ketetapan hakikat bagi satu-satu musibah itu pada tangan Allah secara mutlak. Tatkala ia berlaku pada manusia, kita mesti bertindak dan berusaha mengelakka­n ia daripada berulang. Kena usaha untuk selesaikan masalah yang berlaku. Bantu sedaya mungkin tanpa mengira bangsa, ideologi politik atau agama. Lantaran Islam menjunjung nilai kemanusiaa­n dan nilai kehidupan sejagat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia