Harian Metro

Sekodeng rambut terpacak

Wanita menjerit lelaki mengintai di tandas klinik

- Hadzlihady Hassan hadzlihady@hmetro.com.my

Rambut pacak dan pakaian menjadi petunjuk hingga tertangkap­nya seorang lelaki yang mengintai seorang wanita dalam tandas di klinik gigi Jalan Datuk Hashim, Bayan Lepas, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, suspek berusia 23 tahun pada mulanya mengintai mangsa berusia 27 tahun ketika wanita terbabit masuk ke dalam tandas.

Menurut sumber, mangsa sempat melihat kepala suspek dengan rambut pacak mengintai melalui atas pintu tandas sebelum menjerit meminta pertolonga­n membuatkan lelaki berkenaan bergegas melarikan diri.

“Bagaimanap­un, ada pekerja klinik ternampak suspek yang berbaju jingga dan berseluar celoreng dalam keadaan kelam-kabut melarikan diri keluar melalui belakang tandas berkenaan.

“Pekerja terbabit akhirnya berjaya menjejaki suspek yang ketika itu berada di sebuah kedai makan berhampira­n sebelum menghubung­i polis meminta bantuan,” katanya.

Sumber berkata, polis kemudian berjaya menahan suspek yang juga pekerja kilang selepas mangsa dapat mengecamny­a melalui potongan rambut dan pakaian dipakai. “Polis turut mengambil keterangan beberapa saksi termasuk pekerja klinik gigi itu dan mereka memaklumka­n memang melihat suspek berlegar di kawasan tandas sebelum itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14, Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 509, Kanun Keseksaan,” katanya.

FAKTA Pekerja klinik ternampak suspek berbaju jingga dan berseluar celoreng di kedai makan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia