Harian Metro

Tiada pengesahan mati keracunan nasi ayam

-

Marang: Masih tiada pengesahan nasi ayam dibeli di pasar malam Kuala Ibai dikatakan punca Mohd Muaz Mohd Sabri, 30, doktor di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) keracunan yang berakhir dengan kematianny­a.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Dr Mohammad Omar berkata, pihaknya tidak boleh mengesahka­n makanan itu punca kematian dan menyerahka­n kepada Jabatan Kimia untuk menjalanka­n siasatan.

“Memang benar tunang mangsa mendakwa mereka keracunan selepas makan nasi ayam yang dibeli di gerai pasar malam Kuala Ibai.

“Tetapi kita tidak boleh mengatakan makanan itu yang menjadi punca kerana tidak ada bukti.

“Kita juga sudah menghantar laporan bedah siasat dan biarlah Jabatan Kimia yang menjalanka­n siasatan yang kebiasaann­ya mengambil masa antara dua minggu hingga sebulan,” katanya pada Program Hari Aids Sedunia 2017 Peringkat Negeri Terengganu, di sini, semalam.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Roslee Daud.

Mohd Muaz ditemui mati dalam bilik sewanya di Kampung Nyior Sepohon, Kuala Terengganu oleh anak pemilik rumah berkenaan selepas berjaya membuka pintu bilik jam 10.40 malam.

Mangsa dipercayai meninggal dunia beberapa hari sebelum dia ditemui selepas gagal dihubungi rakan wanitanya itu yang kemudian meminta bantuan pemilik bilik sewa berkenaan mencarinya.

Dr Mohammad berkata, pihaknya juga sudah menubuhkan satu jawatankua­sa dalaman diketuai Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu bagi menjalanka­n siasatan berhubung kejadian itu.

Katanya, siasatan jawatankua­sa itu menjurus kepada kejadian sebelum mangsa ditemui mati termasuk pemeriksaa­n di kawasan pasar malam yang dikatakan mangsa membeli makanan penyebab keracunann­ya.

Menurut wanita terbabit yang juga doktor di hospital sama, mereka keracunan selepas memakan nasi ayam yang dibeli di pasar malam Kuala Ibai, Kuala Terengganu pada 25 Oktober lalu.

Wanita itu segera mendapatka­n rawatan di HSNZ pada keesokan harinya dan menerima rawatan selama dua hari di hospital itu.

Mangsa bagaimanap­un dikatakan enggan ke hospital kerana berasakan tidak perlu berbuat demikian.

 ??  ?? ROSLEE (tengah) bersama Dr Mohammad (tiga dari kiri) merasmikan Sambutan Hari AIDS Sedunia 2017 Peringkat Negeri Terengganu, semalam.
ROSLEE (tengah) bersama Dr Mohammad (tiga dari kiri) merasmikan Sambutan Hari AIDS Sedunia 2017 Peringkat Negeri Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia