Harian Metro

Dah naik menyampah

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

 Enam pemandu teksi enggan guna meter diperangka­p penguat kuasa menyamar

Berbuih nasihat diberikan namun masih ramai pemandu teksi enggan menggunaka­n meter tambang seperti disyaratka­n.

Susulan pelbagai laporan diterima, penguat kuasa Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur bersama Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) menyamar sebagai penumpang bagi membantera­s kegiatan pemandu teksi degil ini.

Menerusi Op Bersepadu di sekitar ibu negara kelmarin, enam pemandu teksi diperangka­p dalam operasi bermula jam 3.30 petang semalam.

Sebanyak sembilan teksi turut diambil tindakan termasuk sebuah kereta sapu yang mengganggu periuk nasi pemandu pengangkut­an awam lain.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahaya berkata, operasi membabitka­n seorang pegawai dan 19 anggota JSPT bersama seorang pegawai dan 20 anggota SPAD tertumpu di pusat bandar sekitar Pavilion, Berjaya Times Square, KLCC dan Jalan Petaling di sini.

Menurutnya, sepanjang operasi itu, semua pegawai dan anggota JSPTKL melakukan penyamaran bagi menjejaki pemandu teksi dan kereta sapu yang menjalanka­n aktiviti menyalahi undang-undang di kawasan tumpuan pelancong.

“Sebanyak lapan teksi dan sebuah kereta persendiri­an yang dijadikan teksi sapu diambil tindakan dalam operasi yang berakhir jam 6 petang itu.

“Daripada jumlah itu, enam individu diambil tindakan kerana tidak menggunaka­n meter, dua kerana menutup kadar tambang dan satu kesalahan menjalanka­n perkhidmat­an pengangkut­an awam tanpa lesen pengendali,” katanya.

Beliau memberitah­u, semua pemandu itu diberi notis mengikut Akta Pengangkut­an Awam Darat 2010 untuk pendakwaan di mahkamah.

Beliau berkata, semua kenderaan disita ditunda ke depoh SPAD di Sepang.

 ??  ?? ANTARA teksi yang ditahan polis trafik dan SPAD selepas pemandunya enggan menggunaka­n meter tambang kepada penumpang.
ANTARA teksi yang ditahan polis trafik dan SPAD selepas pemandunya enggan menggunaka­n meter tambang kepada penumpang.
 ??  ?? TEKSI yang ditahan dalam operasi ditunda ke depoh SPAD.
TEKSI yang ditahan dalam operasi ditunda ke depoh SPAD.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia