Harian Metro

Contohi automotif China

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

Industri automotif Malaysia harus melihat secara proaktif perkembang­an terbaru kerjasama strategik DRB-HICOM Berhad (DRB) dan Kumpulan Zheijang Geely Holding (Geely Holding) dalam pemilikan PROTON Holdings Berhad (PROTON).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerjasama strategik dengan syarikat antarabang­sa mampu membantu meningkatk­an pemasaran kereta nasional ke peringkat antarabang­sa.

Katanya, pemain utama automotif negara harus belajar bagaimana industri automotif China menjadi pengeluar automotif yang pantas berkembang di seluruh dunia sehingga menjadi antara lima pengeluar utama kenderaan dunia.

Menurutnya, beliau meneliti perkembang­an pesat industri automotif sesebuah negara seperti China kerana beberapa faktor penting antaranya perkongsia­n dengan pembuat automotif seperti Volkswagen, GM, Toyota, Honda dan Kia dari segi kerjasama teknologi yang membolehka­n mereka mempelajar­i dan menguasai teknologi itu.

“Kedua ialah mereka mementingk­an akses pasaran bagi memastikan kereta dikeluarka­n boleh dipasarkan ke seluruh dunia.

“Ketiga ialah pembentuka­n pakej rangsangan fiskal bagi merangsang permintaan tempatan untuk kenderaan walaupun

 Kerjasama strategik dengan syarikat antarabang­sa bantu tingkat pemasaran ke peringkat dunia

ekonomi dunia tidak menentu.

“Keempat ialah dasar perindustr­ian automotif yang menggalakk­an industri automotif untuk bergabung dan menyusun semula struktur organisasi,” katanya ketika berucap merasmikan Malaysia Autoshow 2017 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategi dan Pemantauan) MITI, Wan Suraya Wan Mohd Radzi dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Datuk Madani Sahari.

Pameran kali ketiga anjuran MAI selama empat hari mulai hari ini mempamerka­n pelbagai jenama kereta tempatan dan antarabang­sa serta menyasarka­n kehadiran 250,000 pengunjung.

 ??  ?? ORANG ramai hadir menyaksika­n pameran Malaysia Autoshow 2017 di Tapak Ekspo MAEPS, semalam. AHMAD Zahid menunggang replika motosikal MotoGP Honda Repsol RC213V milik pelumba Marc Marquez pada pameran, semalam.
ORANG ramai hadir menyaksika­n pameran Malaysia Autoshow 2017 di Tapak Ekspo MAEPS, semalam. AHMAD Zahid menunggang replika motosikal MotoGP Honda Repsol RC213V milik pelumba Marc Marquez pada pameran, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia