Harian Metro

Baru buka dah menang

- Mohd Amin Jalil am@hmetro.com.my

“Pada mulanya saya tidak percaya tetapi selepas diyakinkan kakitangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), baru saya lega dan akur dengan kemenangan ini,” kata Norjinda Mohd Danial, 39, yang memenangi hadiah wang tunai RM10,000 cabutan bulanan PTPTN.

Surirumah dari Taman Zaitun Indah Ampangan itu memenangi cabutan berkenaan bagi akaun anaknya, Kamal Irfan Aqeef Kamal Rashdi, 7, yang juga murid tahun satu Sekolah Kebangsaan King George V (SKKGV).

Dia memang tidak menyangka menang cabutan itu kerana baru saja membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)-i, September lalu.

Katanya, dia membuka dua akaun SSPN-i termasuk seorang lagi anaknya berusia 15 tahun dengan tujuan membuat simpanan bagi masa depan pendidikan anaknya.

“Saya dapat tahu mengenai skim simpanan ini selepas anak membawa balik risalah PTPTN dan terus membuka akaun SSPN-i. Niat saya hanya untuk memastikan kepentinga­n pendidikan dan masa depan anak lebih terjamin.

“Bagaimanap­un, saya amat bersyukur kerana tindakan membuka akaun itu akhirnya membawa tuah dengan memenangi cabutan bertuah RM10,000,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaia­n

 Akaun murid tahun 7 raih RM10,000 cabutan bulanan PTPTN

Hadiah Cabutan Bulanan 20 Tahun PTPTN di SKKGV Ampangan, di sini, semalam.

Majlis penyampaia­n cek disempurna­kan Timbalan Ketua Eksekutif Dasar dan Operasi PTPTN Mastura Mohd Khalid.

Hadir sama, Guru Besar SKKGV Mohamad Yunus Abdul Rahman dan Pengurus Besar Kanan, Jabatan Pemasaran dan Komunikasi Strategik PTPTN Abdul Ghaffar Yusop.

Norjinda bercadang menggunaka­n hadiah kemenangan itu bagi menambah dana pelaburan dalam SSPN-i.

Kamal Irfan Aqeef pula mahu menggunaka­n hadiah wang berkenaan untuk memenuhi cita-citanya melanjutka­n pengajian di universiti.

“Saya nak gunakan wang hadiah ini untuk masuk universiti nanti dan beli kereta,” katanya yang teruja apabila menerima ucapan tahniah daripada ramai rakan sekolah.

 ??  ?? MASTURA (dua dari kiri) menyampaik­an replika cek RM10,000 kepada Norjinda.
MASTURA (dua dari kiri) menyampaik­an replika cek RM10,000 kepada Norjinda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia