Harian Metro

Merakyat ekonomi digital

- Idris Musa idris@hmetro.com.my

Dua program utama dilaksanak­an Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) iaitu eUsahawan dan eRezeki menerima sambutan menggalakk­an, Dewan Rakyat diberitahu, semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, bagi program eUsahawan yang diperkenal­kan sejak Januari 2016 hingga September 2017, sejumlah 92,926 usahawan muda dan desa sudah mengikuti latihan dan kursus.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 27,170 peserta mula melaporkan jualan tambahan keseluruha­n lebih RM112 juta dan lebih 59 peratus adalah peserta wanita.

Bagi tempoh sama, katanya, seramai 101,693 individu sudah dilatih melalui pusat dan wakil eRezeki di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 57,572 berjaya menjana pendapatan dengan nilai terkumpul keseluruha­n lebih RM81 juta.

“Bagi mewujudkan minat dan kesedaran kepada golongan sasaran, MDEC turut melaksanak­an program komunikasi dengan kerjasama agensi kerajaan,” katanya ketika menjawab pertanyaan Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) mengenai peluang yang boleh diambil usahawan dalam bidang ekonomi digital dan kesan bidang itu kepada pembanguna­n masyarakat setempat pada sesi waktu pertanyaan menteri.

Beliau berkata, pada 2016 menurut Jabatan Perangkaan, ekonomi digital menyumbang sebanyak 18.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan peratusan itu dijangka mencapai sasaran lebih 20 peratus sebelum 2020.

Katanya, sejajar dengan usaha

>>Dua program utama dilaksanak­an MDEC iaitu eUsahawan dan eRezeki terima sambutan menggalakk­an

membangunk­an ekonomi digital itu, MDEC melaksanak­an pelbagai inisiatif dalam merakyatka­n ekonomi digital kepada golongan berpendapa­tan rendah, penduduk luar bandar, belia dan usahawan kecil termasuk ibu tunggal dan suri rumah.

Sementara itu, dalam usaha menggalakk­an usahawan dan syarikat PKS (perusahaan kecil dan sederhana) tempatan meluaskan pasaran mereka ke tahap antarabang­sa, kerajaan mewujudkan inisiatif Zon Perdaganga­n Bebas Digital

(DFTZ).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia