Harian Metro

Harga durian melampau bukan kerana eksport

-

Kuala Lumpur: Kenaikan harga durian terutama Musang King sehingga RM100 sekilogram, baru-baru ini adalah di luar kebiasaan dan bukan berpunca kerana eksport raja buah itu ke China.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, punca sebenar kenaikan harga durian adalah faktor musim baru-baru ini iaitu berlaku penurunan dari segi pengeluara­nnya.

Menurutnya, daripada statistik didapati menunjukka­n pengeluara­n tahun ini hanya 20 hingga 30 peratus daripada pengeluara­n sepatutnya, sekali gus menyebabka­n harganya tinggi.

“(Justeru) ini tidak sepatutnya kita melihat mengekspor­t durian itu satu perkara yang negatif. Ia akan menjadi peluang kekayaan baru kepada rakyat negara kita kalau mereka (petani) memulakan usaha menanam dari sekarang.

“Apabila harga tinggi, ratusan jenis pekerjaan baru akan dapat diwujudkan. Misalnya mereka yang terbabit dalam nurseri, dalam cantuman, menghasilk­an produk seperti aiskrim durian, kopi durian, pasta durian. Ia potensi yang besar pada masa akan datang,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) sama ada harga durian yang tinggi disebabkan pengekspor­tannya ke luar negara.

Kepada soalan asal Liang mengenai status pengekspor­tan dan pemasaran buah itu, Ahmad Shabery berkata, eksport ke China sebenarnya masih rendah.

“Namun, kita berusaha untuk meluaskan pasaran dan kita melihat China adalah satu potensi pasaran yang besar kerana ia adalah negara yang besar pendudukny­a dan kita melihat rakyat mereka gemar makan durian,” katanya.

Menurutnya, untuk memperkena­lkan durian Malaysia memerlukan sedikit usaha.

 ??  ?? AHMAD Shabery
AHMAD Shabery

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia