Harian Metro

Luang masa lawat rumah penerima

-

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V mencemar duli berangkat ke

Program Ramah Mesra Bersama Rakyat di Surau Jumaat Muhajirin Desa Rejang, Perumahan Awam Desa Rejang, Setapak, di sini semalam.

Baginda tiba jam 3.40 petang, diiringi Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sultan Muhammad V berkenaan menyempurn­akan majlis penyerahan unit rumah, Program Baiti Jannati @Wilayah Persekutua­n kepada 13 penerima yang sebelum ini menyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) serta Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Baginda turut meluangkan masa bersama rakyat selain mencemar duli melawat rumah penerima di perumahan berkenaan.

Sultan Muhammad V juga berkesempa­tan menunaikan solat Asar secara berjemaah di surau berkenaan, selain meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat.

Sementara itu, Tengku Adnan, berkata, semua penerima program golongan miskin tegar berdaftar dengan sistem e-kasih, Baitulmal dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, program berkenaan itu antara penyelesai­an menangani kemiskinan bandar.

“Hak milik rumah di bawah program ini dipindah kepada penerima terpilih tanpa bayaran dengan syarat unit tidak boleh dijual kepada pihak ketiga, tetapi boleh diwariskan kepada anak atau waris terdekat.

“Kami tidak mahu golongan ini terpinggir dalam arus pembanguna­n dan pemodenan bandar,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia