Harian Metro

‘Dah boleh balik’

-

Kuala Terengganu: Selepas 40 hari dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, bekas jaguh angkat berat negara, Che Mohd Azrol Che Mat, 38, kembali ceria selepas dibenarkan pulang ke rumah, kelmarin.

Sebelum ini, doktor memaklumka­n dia perlu menjalani rawatan sehingga 21 November bagi memastikan jangkitan kuman dalam paru-parunya kembali pulih seperti biasa.

“Bagaimanap­un, selepas doktor pakar merawat saya petang kelmarin, keputusann­ya positif dan semakin baik hingga membolehka­n saya dibenarkan pulang malam semalam,” kata Che Mohd Azrol.

Bekas pemenang pingat emas Sukan SEA 2003 di Vietnam dan 2005 di Filipina kategori 105 kilogram (kg) itu terpaksa dikejarkan ke HSNZ pada 1 Oktober lalu selepas tidak sedarkan diri.

Selepas lebih seminggu dirawat di hospital berkenaan, penderitaa­n jagoan negara yang juga digelar ‘badang Terengganu’ itu bagaikan disisih dan tidak dipeduli langsung pihak berkaitan.

“Kesilapan ini nampak kecil tetapi boleh menjadi masalah besar jika individu terbabit meninggal dunia,” kata Ketua Kampung Broga dari Nilai, Yong Kim Leong, 57, yang kecewa apabila akaun caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) milik isterinya, Tan Swee Gek, 56, memiliki dua penama.

Yong berkata, dia dan isteri berkunjung ke pejabat KWSP di Kajang, Selangor pada 1 November lalu untuk menyemak penyata akaun.

Dia terkejut apabila pegawai memaklumka­n akaun isterinya didaftarka­n atas dua nama bersama seorang lelaki Melayu dari Kelantan.

“Lebih mengejutka­n apabila lelaki itu juga waris yang boleh menuntut jika berlaku kematian sedangkan isteri mendaftark­an nama saya berserta seorang anak lelaki,” katanya pada sidang media di Wisma MCA Negeri

 ??  ??
 ?? Che Mohd Azrol ?? Selepas doktor pakar merawat saya petang kelmarin, keputusann­ya positif dan semakin baik hingga saya dibenarkan pulang malam semalam,”
Che Mohd Azrol Selepas doktor pakar merawat saya petang kelmarin, keputusann­ya positif dan semakin baik hingga saya dibenarkan pulang malam semalam,”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia