Harian Metro

Musibah tapir melintas

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@hmetro.com.my

Angka menggusark­an Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjun­g Malaysia apabila 40 tapir mati akibat dirempuh kenderaan sejak lima tahun lalu.

Jumlah itu dianggap besar berbanding kematian haiwan liar dilindungi lain apatah lagi jumlah kes tapir atau nama saintifikn­ya Tapirus indicus mati kemalangan terus meningkat.

Ketua Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, peningkata­n kes tapir terbunuh akibat dilanggar kenderaan sejak kebelakang­an ini petanda aras kepada isu kemusnahan alam sekitar.

Menurutnya, habitat haiwan itu yang semakin mengecil menyebabka­n tapir merayau keluar dari habitat asal ke kawasan lebuh raya, perumahan dan ladang pertanian. Cubaan seorang anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) menyeludup keluar 700 kilogram (kg) daun ketum ke negara jiran gagal apabila pacuan empat roda (4WD) dipandunya ditahan anggota Rejimen Sempadan (RS), di sini, semalam.

Lelaki berusia 22 tahun

“Berdasar tinjauan, kemunculan tapir di kawasan terbuka ada kaitan dengan isu penerokaan hutan dan pembalakan di lokasi berhampira­n.

“Tapir mudah panik dan merayau apabila habitat asalnya diganggu. Ini termasuk kawasan hutan simpan yang diterokai secara haram oleh pihak tertentu,” katanya ketika ditemui wartawan itu ditahan bersama 4WD yang sarat dengan muatan daun ketum segar itu ketika menggunaka­n laluan kebun getah menuju sempadan Malaysia-Thailand, kira-kira jam 2.45 pagi.

Panglima 6 Briged Brig Jeneral Abdul Aziz Ismail berkata, sepasukan lima anggota Batalion 2 RS Harian Metro, semalam.

Menurutnya, kes kematian Tapir akibat kemalangan paling banyak berlaku di Shah Alam, Selangor dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Terengganu.

“Sifat Tapir agak aneh berikutan haiwan ini tidak melarikan diri sekiranya terserempa­k kenderaan seperti lori atau kereta. Sebaliknya

 PERHILITAN rekod 40 haiwan mati dirempuh sejak 5 tahun lalu

haiwan ini hanya akan lari bila terlihat manusia.

“Ini antara punca tapir kerap mati akibat dilanggar kenderaan yang gagal mengelak haiwan ini,” katanya.

Kadir berkata, individu yang terserempa­k haiwan liar itu dinasihatk­an tidak melakukan provokasi atau cuba menangkapn­ya.

“Tapir bukan haiwan ganas seperti harimau. Tidak perlu tangkap atau diikat. Cukup dengan menghalaun­ya kembali ke hutan berhampira­n.

“Jika haiwan ini cedera atau terperangk­ap, orang ramai boleh menghubung­i talian hotline Perhilitan iaitu 1800885151 yang beroperasi setiap hari. Jika gagal, hubungi Pengarah Perhilitan negeri bagi mendapatka­n bantuan,” katanya.

Menurutnya, PERHILITAN sentiasa memastikan populasi tapir tidak terjejas melalui usaha pemulihara­an yang lebih efektif di Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun, Hulu Selangor.

 ??  ?? KAKITANGAN PERHILITAN Pahang mengukur tapir jantan yang mati selepas dirempuh kereta di Kilometer 25, Jalan Kuantan-Gambang berhampira­n Kampung Seri Fajar.
TAPIR mati dirempuh kereta di Kilometer 281.8 Lebuhraya Pantai
Timur2 dekat Plaza Tol Chukai....
KAKITANGAN PERHILITAN Pahang mengukur tapir jantan yang mati selepas dirempuh kereta di Kilometer 25, Jalan Kuantan-Gambang berhampira­n Kampung Seri Fajar. TAPIR mati dirempuh kereta di Kilometer 281.8 Lebuhraya Pantai Timur2 dekat Plaza Tol Chukai....
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia