Harian Metro

Layan mantan PM sama rata

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

 JPM nafi tarik kemudahan disediakan kepada Tun M seperti tular di media sosial

Kerajaan tidak pernah menarik apa-apa kemudahan yang disediakan kepada mana-mana mantan Perdana Menteri termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad sebagaiman­a yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan semalam berkata, kerajaan turut menegaskan layanan sama rata diberikan kepada semua mantan Perdana Menteri.

Menurutnya, pejabat Tun Dr Mahathir dibekalkan dengan perjawatan yang meliputi pejabat beliau di Yayasan Kepimpinan Perdana (KYP) dan kediaman beliau di The Mines Resort City, Selangor selaras dengan Akta Ahli Parlimen (saraan), 1980 (Akta 23).

“Secara keseluruha­n, perjawatan diperuntuk­kan kepada Tun Dr Mahathir adalah 21 perjawatan.

“Semua perjawatan ini ditanggung sepenuhnya pihak kerajaan meliputi pembayaran gaji, elaun tuntutan dan lain-lain kemudahan yang layak dinikmati sebagai penjawat awam.

“Malah, kerajaan turut menanggung bayaran utiliti di YKP dan kediaman rasmi beliau sehingga kini,” katanya.

Katanya, selain itu, kerajaan turut menanggung kos bagi bayaran elaun makan dan lain-lain kos kepada juruiring, pengawal peribadi, pegawai perubatan dan penolong pegawai khas bagi lawatan dihadiri Tun Dr Mahathir ke luar negara.

Baru-baru ini, tular di media sosial bahawa kemudahan bagi mantan Perdana Menteri itu ditarik balik oleh kerajaan menerusi penyebaran beberapa gambar termasuk kemudahan juruiring.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia