Harian Metro

Lebih mudah melancong

- Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@hmetro.com.my

Kumpulan Mayflower (Mayflower) memperkuku­hkan lagi perniagaan­nya sebagai peneraju utama perkhidmat­an pelanconga­n negara menerusi pelancaran portal dalam talian dikenali mayflower. com.my, di sini, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Chin Ten Hoy berkata, portal pelanconga­n paling mantap dan komprehens­if di Asia Tenggara itu memanfaatk­an rangkaian luas

dalam industri pelanconga­n yang dibina sejak lima dekad lalu.

Menurut beliau, dengan ciri mesra pengguna may flower.com.my menawarkan pelbagai tawaran hebat membolehka­n pengguna menempah tiket penerbanga­n, penginapan dan pengangkut­an dalam satu pakej dalam talian.

“Melalui portal ini, kami menyediaka­n akses kepada lebih 80 syarikat penerbanga­n yang menghubung­kan lebih 5,000 destinasi terkenal, 380,000 hotel dan lebih 2,000 pakej percutian di seluruh dunia.

“Sempena pelancaran­nya hari ini (semalam) hingga Ahad ini, pelanggan diberi tawaran eksklusif sehingga 20 peratus bagi semua tambang penerbanga­n, 80 peratus tempahan hotel dan 50 peratus ketika jualan waktu emas selain tawaran khas satu jam pada harga RM11,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarka­n portal mayflower.com.my pada Karnival Pelanconga­n Mayflower yang berlangsun­g hingga 12 November ini di Aras Bawah South Court Mid Valley Megamall, di sini, semalam.

 Pengguna boleh buat tempahan dalam satu pakej menerusi mayflower.com.my

Pelancaran karnival dan portal disempurna­kan Ketua Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Dasar Pelanconga­n dan Hubungan Antarabang­sa Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan, Khairol Nizam Saad.

Ten Hoy berkata, sebagai insentif tambahan, syarikat juga memberikan ganjaran kepada pelanggan menerusi peraduan Beli, Melancong dan Menang yang menawarkan hadiah bernilai RM288,000.

“Syaratnya, pengguna hanya perlu merancang pelanconga­n mereka menerusi portal mayflower.com.my dari sekarang hingga 31 Mac 2018.

“Cabutan bulanan menawarkan hadiah hebat termasuk hadiah utama iaitu Renault Captur selain tiket penerbanga­n dan penginapan di hotel lima bintang,” katanya.

Karnival Pelanconga­n Mayflower disokong TC Euro Cars Sdn Bhd sebagai rakan niaga rasmi, CHUBB (rakan insurans pelanconga­n rasmi), Go Asia Plus, Travelfan, Alfiorado.com, Tripadviso­r, dan Kerajaan Metropolit­an Seoul.

 ??  ??
 ?? ROSDAN WAHID ?? KHAIROL Nizam (dua dari kanan) bersama Chin (kanan) dan Cheah pada majlis Pelancaran Mayflower.com.my.
ROSDAN WAHID KHAIROL Nizam (dua dari kanan) bersama Chin (kanan) dan Cheah pada majlis Pelancaran Mayflower.com.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia