Harian Metro

Koperal maut motosikal bergesel

-

Tumpat: Seorang koperal maut selepas motosikal ditunggang­nya bergesel dengan motosikal lain sebelum terjatuh di Kilometer 6 Jalan Kota Bharu ke Pengkalan Kubor, berhampira­n Balai Polis Wakaf Bharu di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.25 petang, mangsa, Koperal Fakri Mat Adam, 53, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Mayat dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat dan dikebumika­n di Kuala Krai.

Seorang lagi penunggang motosikal berusia 19 tahun yang cedera di kepala dan badan dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, (HRPZ II) Kota Bharu untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Tumpat Superinten­dan Nik Azlan Nik Ibrahim berkata, sebelum kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Kedemit, Wakaf Bharu dengan menunggang motosikal Yamaha LC.

Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa bergesel dengan motosikal Yamaha Lagenda dari arah sama sebelum mereka terjatuh di atas jalan raya.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan calar di tangan kiri serta kanan.

“Remaja terbabit kini dirawat di Unit Kecemasan HRPZ II Kota Bharu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya di Unit Forensik Hospital Tumpat, di sini, semalam.

Menurutnya, arwah meninggalk­an seorang isteri dan lima anak yang kini tinggal di Kuala Krai.

“Arwah 30 tahun berkhidmat dalam pasukan polis dan ditukarkan ke Balai Polis Wakaf Bharu awal 2016 lalu.

“Dia anggota yang berdedikas­i dalam melaksanak­an tugas. Ini kehilangan besar buat pasukan polis terutama bagi Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat,” katanya.

 ??  ?? MANGSA maut di lokasi kejadian.
MANGSA maut di lokasi kejadian.
 ??  ?? FAKRI
FAKRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia