Harian Metro

Musibah rhu reput

- Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

 Pengunjung nyaris ditimpa dahan ketika ribut di Pantai Batu Buruk

Beberapa pengunjung termasuk kanak-kanak nyaris dihempap dahan pokok rhu yang patah dalam kejadian ribut di kawasan parkir di Pantai Batu Buruk, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari, serpihan dahan pokok berkenaan hampir menghempap beberapa pengunjung di kawasan berkenaan.

Bagaimanap­un, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan semua pengunjung sempat menyelamat­kan diri sebaik mendengar bunyi dahan patah, manakala empat kereta di kawasan berkenaan turut rosak akibat terkena dahan pokok.

Peniaga trak makanan, Siti Nurul Nabila Abdul Rahman, 28, berkata, kejadian berlaku ketika hujan lebat disusuli ribut dan angin kencang sebelum dia terdengar bunyi seakan-akan dahan patah.

“Hujan lebat dan saya dengar bunyi dahan patah, tetapi tiba-tiba jatuh ke atas kereta di kawasan itu.

“Mujur pengunjung sedar kejadian dan melarikan diri. Jika tidak, mungkin kejadian lebih buruk berlaku,” katanya.

Peniaga, Atini Mamat, 34, berkata, kejadian dahan pokok patah dan tumbang beberapa kali berlaku di kawasan itu terutama ketika musim tengkujuh.

“Pokok rhu di kawasan ini sudah berusia serta reput dan bila-bila masa boleh tumbang atau patah terutama apabila musim hujan.

“Saya harap tindakan segera diambil pihak berkaitan kerana kawasan ini bukan saja tempat peniaga mencari rezeki tetapi menjadi tumpuan pelancong,” katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Terengganu Mohd Zulkifli Abu Bakar berkata, pihaknya mengenal pasti beberapa pokok yang perlu dicantas atau ditebang di sekitar Pantai Batu Buruk berikutan keadaannya yang rosak dan reput.

Bagaimanap­un,

katanya, kerja mencantas dahan atau pokok yang boleh mengundang bahaya di kawasan berkenaan perlu dilakukan berperingk­at.

“Berikutan kejadian ribut yang menghempap kereta di kawasan parkir di Pantai Batu Buruk, kami menutup beberapa lokasi termasuk taman permainan awam dan beberapa kawasan parkir daripada orang awam termasuk peniaga.

“Proses mencantas dan menebang dibuat berperingk­at dan kami juga menanam 300 pokok rhu baru di kawasan rekreasi itu pada 18 November depan bagi menggantik­kan pokok ditebang,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Mohd Jidin Shafie mengarahka­n semua pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenal pasti pokok besar terutama di bahu jalan serta melakukan kerja mencantas dahan pokok yang boleh membahayak­an pengguna.

Tindakan itu diambil susulan kejadian dahan pokok patah dan menimpa dua kenderaan di Kampung Mengabang Lekor Kuala Nerus 7 Oktober lalu menyebabka­n dua maut termasuk pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit (SBPIBR).

 ??  ?? KEADAAN kereta pengunjung yang dihempap pokok rhu.
KEADAAN kereta pengunjung yang dihempap pokok rhu.
 ??  ?? POKOK rhu tua yang tumbang di Pantai Batu Buruk, semalam.
POKOK rhu tua yang tumbang di Pantai Batu Buruk, semalam.
 ??  ?? ATINI
ATINI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia