Harian Metro

Ugut orang tua guna pedang

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my

 Lelaki dipenjara 7 tahun untuk 2 pertuduhan

Juruelektr­ik dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun di Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas didapati bersalah atas tuduhan memiliki pedang dan mengugut mahu mencederak­an seorang lelaki pada Februari lalu.

Hakim Nazri Ismail menjatuhka­n hukuman terhadap tertuduh, Mohammad Hafiz Mohd Sani, 22, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah memerintah­kan hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh sabitan iaitu semalam.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki pedang sepanjang 106 sentimeter tanpa kebenaran yang sah daripada pihak berkuasa di hadapan rumah di Panji, pada jam 8.35 malam, 7 Februari lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntu­kkan huku- man penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah hendak mencederak­an Mat Ludin Muhammad, 68, dengan menggunaka­n pedang di lokasi sama pada jam 6.30 petang, 7 Februari 2017.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, peguam Ahmad Nizam Mohd yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan dikenakan terhadap anak guamnya.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Norazlinaw­ati Mohd Arshad memohon hukuman setimpal kepada tertuduh untuk memberi pengajaran dan mengambil kira kepentinga­n awam.

 ??  ?? MOHAMMAD Hafiz ugut cedera orang tua pada Februari lalu.
MOHAMMAD Hafiz ugut cedera orang tua pada Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia