Harian Metro

Siasat sogokan RM200,000

- Izzali Ismail am@hmetro.com.my

 Penyokong bola sepak

Kedah buat laporan polis dakwaan pemain, jurulatih terima rasuah

Penyokong pasukan bola sepak Kedah, Zulkifli Hashim membuat laporan polis mengenai dakwaan pemain dan jurulatih menerima rasuah sebelum pertanding­an akhir Piala Malaysia antara Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT), minggu lalu.

Zulkifli berkata, dia terkejut dan kecewa apabila mengetahui dakwaan itu melalui rakannya jam 11 malam kelmarin mengenai mesej berbaur fitnah disebarkan pihak tidak bertanggun­gjawab hingga tular.

“Sebagai penyokong yang bertanggun­gjawab dan cintakan pasukan, saya tampil membuat laporan polis bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap berita yang membawa imej negatif untuk pasukan.

“Saya kecewa dengan tohmahan tidak berasas ini dan mahu pihak bertanggun­gjawab menyiasat perkara itu supaya kebenaran dapat diketahui seluruh penyokong Kedah,” katanya ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Yan, semalam.

Menurutnya, selain itu, maruah jurulatih dan pemain akan tercalar jika ada yang mempercaya­i berita negatif seperti itu di media sosial.

“Saya mewakili penyokong Kedah berharap perkara ini dapat disiasat segera dengan telus bagi membersihk­an imej Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) daripada persepsi negatif penyokong.

“Saya juga mahu pihak yang terbabit dengan tuduhan itu disoal siasat mengenai kesahihan maklumat ditularkan,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial mendakwa jurulatih dan tujuh pemain Kedah menerima sogokan RM200,000 seorang sebelum perlawanan akhir itu.

 ??  ?? ZULKIFLI (kanan) memakai kostum ketika menyaksika­n Piala FA 2017.
ZULKIFLI (kanan) memakai kostum ketika menyaksika­n Piala FA 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia