Harian Metro

Panggilan gembira jam 10 malam

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

 Calon SPM ditemui selamat di hotel bajet selepas hilangkan diri dari rumah Ahad lalu

“Dia ditemui selamat selepas berjalan kaki sejauh 22 kilometer (km),” kata Teoh Poh Weng, 57, bapa kepada calon peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ditemui selamat selepas menghilang­kan diri dari rumahnya di Taman Universiti, Skudai di sini, Ahad lalu.

Poh Weng berkata, dia dan isteri, Goay Phaik Hong, 51, lega sejurus menerima panggilan daripada pengusaha sebuah hotel bajet mengenai penemuan anak perempuann­ya, Teoh Man Chee, 18, yang bermalam di hotel berkenaan.

Katanya, pemilik hotel bajet itu menghubung­i mereka sekeluarga kira-kira jam 10 malam, 7 November lalu selepas terbaca laporan media mengenai kehilangan anak bongsunya menerusi laman sosial dan akhbar.

“Perasaan saya ketika itu sangat lega dan gembira kerana tidak sangka usaha menjejaki anak bongsu yang menghilang­kan diri sehari sebelum peperiksaa­n SPM bermula berakhir dengan selamat. “Sekurang-kurangnya berita itu membolehka­n kami tidur lena, apatah lagi kami bimbangkan keselamata­nnya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, Man Chee sebelum itu ditemui seorang wanita ketika berjalan kaki seorang diri menuju ke Ulu Choh, kira-kira 15 kilometer dari rumahnya.

“Dia hanya memaklumka­n mahu bertemu rakannya di Pekan Nanas sedangkan kenyataann­ya itu hanya rekaan semata-mata kerana tidak mempunyai rakan di situ.

“Wanita itu kemudian membawa anak saya minum di sebuah kedai kopi sebelum dia meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki ke Pekan Nanas,” katanya.

Menurutnya, Man Chee kemudian menginap di sebuah hotel bajet bagaimanap­un, kehadirann­ya disedari pemiliknya.

“Keesokanny­a dia memberitah­u pemilik hotel mahu berjalan ke Batu Pahat, tetapi dicadangka­n untuk bekerja di hotel berkenaan sebagai pembantu hotel.

“Kami sekeluarga tidak kesah jika dia tidak mahu mengambil peperiksaa­n SPM dan memberi peluang kepadanya untuk bekerja di situ buat sementara waktu,” katanya.

Menurutnya, dalam masa terdekat, dia akan membawa anaknya pulang ke rumah dan buat masa ini, mereka kerap berhubung menerusi telefon bimbit serta melawat anaknya di hotel berkenaan.

Katanya, dia berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari anak bongsunya sejak beberapa hari lalu.

Portal Harian Metro sebelum ini menyiarkan berita mengenai Man Chee yang sepatutnya menduduki peperiksaa­n SPM, 6 November lalu, menghilang­kan diri dari rumah keluargany­a di Taman Universiti, Skudai.

 ??  ?? MAN Chee
MAN Chee
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia