Harian Metro

Pilihan kaki gajet

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

 Ramai pengguna kini beralih ke MARA Digital untuk membeli peranti maya

Mesra, jujur dan sabar dalam melayani karenah pelanggan antara perkara utama yang menyebabka­n MARA Digital kini semakin menjadi pilihan orang ramai untuk mendapatka­n pelbagai barangan gajet dengan harga berpatutan.

Walaupun, usia pusat beli belah barangan elektronik itu hanya dua tahun saja, orang ramai mula beralih ke MARA Digital untuk mendapatka­n komputer riba, telefon bimbit, kamera dan alat ganti tulen.

Tinjauan Harian Metro di MARA Digital mendapati rata-rata pemilik kedai gajet dan barangan elektronik mengakui orang ramai sudah mula yakin untuk membeli telefon bimbit atau komputer riba di pusat beli-belah berkenaan.

Seorang pengurus kedai telefon bimbit, Noor Hasraff Mohd Nor, 31, berkata, keadaan agak suram ketika awal pembukaan, namun selepas hampir dua tahun beroperasi, orang ramai mula memenuhi MARA Digital.

Beliau berkata, dia tidak memaksa setiap pelanggan yang datang membeli telefon bimbit di kedainya, namun lebih berminat memberi penerangan supaya mereka lebih memahami kelebihan gajet berkenaan.

“Saya lebih berminat menggunaka­n pendekatan memberi penerangan berkaitan kelebihan gajet yang ingin dimiliki dan menerusi kaedah itu pelanggan lebih mudah tertarik untuk membeli menerusi kita.

“Sebelum ini kekurangan pelanggan mungkin kurang tarikan, namun apabila ramai membuka kedai gajet dan elektronik sekali gus kelihatan meriah seterusnya berjaya menarik orang ramai datang ke MARA Digital,” katanya, ketika ditemui, di sini, semalam.

Sementara itu, penyelia kedai telefon bimbit, Mohd Irzwan Zulkifli, 25, berkata, semua pemilik gerai hanya membekalka­n barangan atau alat ganti gajet yang tulen saja kepada pelanggan.

“Kami tidak mahu keyakinan pelanggan terhadap penjual di MARA Digital hilang dengan membekalka­n gajet yang cepat rosak atau palsu,” katanya.

Sementara itu, seorang pelajar Universiti Awam, Aishah Abd Salim, 23, berkata, pihak pengurusan perlu mengadakan pelbagai aktiviti dengan lebih kerap supaya MARA Digital terus meriah dikunjungi orang ramai.

 ??  ?? PENGUNJUNG memilih aksesori gajet di MARA Digital Mall.
PENGUNJUNG memilih aksesori gajet di MARA Digital Mall.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia