Harian Metro

Pertimbang kamera aksi

- Siraj Mohd Zaini siraj@hmetro.com.my

Kerajaan Selangor disaran mempertimb­angkan cadangan untuk melengkapk­an anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan kamera aksi bagi membolehka­n mereka merakam sebarang salah laku orang awam.

Ia susulan kejadian anggota penguat kuasa Majlis Perbandara­n Subang Jaya (MPSJ) diserang suami isteri ketika menjalanka­n tugas mengunci tayar kenderaan yang tidak mematuhi peraturan di Jalan Puteri Puchong, Bandar Puteri Puchong, baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong Ng Tien Chee berkata, penggunaan alat berkenaan membolehka­n tindakan susulan dapat dilakukan dalam tempoh segera kerana ia dapat merakam situasi ketika kejadian berlaku.

“Saya minta kerajaan negeri pertimbang­kan cadangan itu kerana ia keperluan pada masa kini untuk anggota penguat kuasa PBT.

“Ketika kejadian, tiada video menunjukka­n mangsa diserang dan bukti kesalahan yang dilakukan mereka, jika ada alat berkenaan, ia dapat membantu memudahkan sebarang tindakan di kemudian hari,” katanya pada sidang media

 Mudahkan penguat kuasa rakam sebarang salah laku orang awam bagi tindakan lanjut

di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Sementara itu, ADUN Kinrara Ng Sze Han berkata, orang ramai yang hendak ke kawasan berkenaan diminta mematuhi undang-undang dengan meletakkan kenderaan di kawasan sepatutnya.

“Di kawasan berkenaan ada parkir disediakan di bawah tanah dengan kadar caj munasabah kepada orang ramai iaitu RM2 sejam dan RM1 untuk sejam berikutnya.

“Ia adalah kejadian kali kedua berlaku di kawasan berkenaan kepada anggota penguat kuasa sama yang diserang Selasa lalu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia