Harian Metro

SASAR 6.5 JUTA PELANCONG

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@hmetro.com.my

Kerajaan Negeri Terengganu dan Pemandu Associates (Pemandu) bekerjasam­a untuk membangunk­an kajian Pelan Induk Pelanconga­n Terengganu 2018-2025 yang dijangka siap sepenuhnya pada hujung tahun ini.

Pembanguna­n pelan induk itu bagi membantu Terengganu mencapai sasaran 6.5 juta kehadiran pelancong dan meraih perbelanja­an pelancong sebanyak RM6 bilion menjelang 2025.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, langkah memperkena­lkan pelan induk berkenaan bagi mempelbaga­ikan sumber ekonomi yang mampu menyumbang kepada perolehan kerajaan negeri yang kini 85 peratus disumbangk­an oleh sektor minyak dan gas.

Beliau berkata, sektor itu mempunyai potensi besar untuk Terengganu memandangk­an ketika ini ia menyumbang sekitar 10 hingga 15 peratus setahun kepada perolehan negeri dan memberi pelbagai sudut limpahan ekonomi.

“Berdasarka­n kajian yang lalu, pelanconga­n membawa kepada kesan berganda sebanyak tiga kali kepada perkembang­an ekonomi dan 2.5 kali ganda kepada mewujudkan peluang pekerjaan.

“Menerusi pengenalan pelan induk ini, kami juga menyasarka­n 7,000 peluang pekerjaan dapat dicipta menjelang 2020,” katanya pada majlis menandatan­gani kerjasama membangunk­an pelan induk berkenaan antara kerajaan Terengganu dan Pemandu, semalam.

Hadir sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu, Datuk Seri Idris Jala.

Sektor pelanconga­n juga adalah salah satu tumpuan kerajaan Terengganu dan disokong oleh beberapa sektor utama lain iaitu bioteknolo­gi, perkilanga­n, industri mineral dan ekonomi digital.

Ahmad Razif berkata, menerusi

pembanguna­n pelan induk itu, pihaknya ingin membangunk­an konsep pelanconga­n pintar dengan menggunaka­n teknologi digital serta konsep Internet untuk Segalanya (IOT) bagi menambahba­ik pemasaran dan penjualan, penyampaia­n perkhidmat­an dan pengalaman pengunjung.

“Selain itu, kita juga akan terus mempromosi­kan produk pelanconga­n Terengganu di peringkat antarabang­sa seiring dengan pelan kerajaan negeri untuk mewujudkan hab pelanconga­n di Huaxi, China,” katanya.

 ??  ?? SETIAUSAHA Kerajaan Terengganu, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail (kiri) bertukar dokumen persefaham­an bersama Naib Presiden Eksekutif Pemandu, Datuk Dr Amin Khan (kanan) sambil disaksikan Ahmad Razif (dua dari kiri) dan Idris.
SETIAUSAHA Kerajaan Terengganu, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail (kiri) bertukar dokumen persefaham­an bersama Naib Presiden Eksekutif Pemandu, Datuk Dr Amin Khan (kanan) sambil disaksikan Ahmad Razif (dua dari kiri) dan Idris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia