Harian Metro

Program SUPERB lahir 152 usahawan

-

Kuala Lumpur: Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) melalui Program Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) yang dilaksanak­an sejak 2014 berjaya melahirkan kira-kira 152 usahawan dengan peruntukan geran sebanyak RM74 juta setakat ini.

Pengarah Kanan TERAJU, Megat Mohd Yatim Megat Hamid berkata, sepanjang empat tahun ia dijalankan, lebih 50 peratus peserta SUPERB berjaya mengkomers­ilkan produk dan servis yang dihasilkan dalam program berkenaan.

Katanya, pencapaian itu adalah bukti TERAJU berjaya melahirkan usahawan yang kreatif dan berdaya maju untuk bersaing dalam pasaran bersama usahawan dan pemain industri yang lain.

“SUPERB adalah platform tepat dalam melahirkan usahawan dan kita berhasrat menjadikan­nya sebagai jenama dalam mempromosi­kan idea untuk diterjemah kepada model perniagaan.

“Kami memberikan geran kepada usahawan dalam pelbagai sektor utama ekonomi dan paling tertinggi dalam rekod adalah segmen teknologi yang mempunyai potensi tinggi,” katanya pada majlis pengumuman peserta semi final SUPERB Siri 3/2017.

Kesemua tujuh peserta itu dipilih dalam pertanding­an yang dianjurkan sempena Jelajah Usahawan Automotif SUPERB 2017 yang akan bersaing di mana satu pemenang akan dipilih untuk menerima geran perniagaan bernilai RM500,000.

Megat berkata, pada tahun depan pihaknya berhasrat untuk memperluas­kan capaian program SUPERB dengan mengadakan program mini seumpama dengannya dalam membentuk ekosistem usahawan yang lebih mampan.

 ??  ?? MEGAT
MEGAT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia