Harian Metro

Dompet digital

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

 Digi perkenal aplikasi e-dompet vcash galak transaksi tanpa tunai

Digi Telecommun­ications Sdn Bhd (Digi) memperkena­lkan aplikasi e-dompet atau vcash yang boleh dimuat turun menerusi Android atau iOS.

Ketua Pegawai Digital Digi Praveen Rajan berkata, vcash membolehka­n lebih ramai rakyat Malaysia sama ada peniaga atau pengguna melakukan transaksi tanpa tunai, sekali gus mengatasi risiko menggunaka­n tunai, kerumitan membuka akaun bank dan proses kelulusan kad debit serta kredit.

“Buat masa ini, ada RM85.5 bilion jumlah transaksi tunai dan aspirasi awal

vcash ialah untuk melihat sebanyak mana transaksi

berasaskan tunai ditukar kepada digital,” katanya.

Beliau berkata, vcash menawarkan pengguna dan peniaga penyelesai­an bayaran lebih elegan, progresif dan bebas risiko.

“Vcash ialah penyelesai­an ditawarkan Digi dengan usahasama Valyou Sdn Bhd, penyedia pembayaran diiktiraf Bank Negara Malaysia (BNM) dan kini boleh dimuat turun semua rakyat Malaysia,” katanya.

Menurutnya, vcash kini mempunyai 500 peniaga di seluruh negara dan menyasarka­n untuk mempunyai 2,000 peniaga menjelang akhir tahun ini.

“Dalam usaha Malaysia menjadi masyarakat tanpa tunai dengan bantuan langkah strategik BNM untuk mempercepa­tkan perpindaha­n negara ke arah e-bayaran, pengguna boleh menggunaka­n vcash sebagai e-dompet pilihan mereka yang menawarkan khidmat bayaran yang selamat dan pantas menggunaka­n kod QR,” katanya.

Selain bayaran, vcash juga membolehka­n pemindahan wang antara pengguna dan bukan pengguna vcash, membantu deposit tunai dan pengeluara­n pada bila-bila masa serta membeli barangan dari kedai dalam aplikasi vcash.

Pengguna tidak perlu membayar yuran transaksi apabila menggunaka­n ciri ini.

 ??  ?? PRAVEEN (lima dari kiri, berdiri) dengan rakan niaga pada pelancaran vcash, semalam.
PRAVEEN (lima dari kiri, berdiri) dengan rakan niaga pada pelancaran vcash, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia