Harian Metro

Uber optimis potensi khidmat perkongsia­n kenderaan

-

Kuala Lumpur: Perkhidmat­an perkongsia­n kenderaan di Malaysia dijangka kekal positif meskipun kadar penembusan pengguna masih rendah dengan perkembang­an pasaran dilihat di peringkat awal.

Pengurus Besar Uber (Malaysia dan Singapura), Warren Tseng berkata, pihaknya optimis dengan masa depan perkhidmat­an itu kerana ia menawarkan potensi besar untuk berkembang dan memberi impak kepada aspek pengangkut­an di Malaysia.

“Kami lihat perkhidmat­an ini masih berada pada peringkat awal dan kami kini fokus ke arah mengubah pemikiran rakyat tempatan mengenai perkongsia­n kenderaan bagi memastikan ia difahami sekali gus membantu negara pada masa depan,” katanya pada taklimat media kajian Unlocking Cities di sini, semalam.

Kajian dijalankan Kumpulan Perundinga­n Boston (BCG) itu memaparkan hasil kajian mengenai impak perkongsia­n kenderaan di Asia Tenggara pada masa depan.

Beliau berkata, kajian itu sebahagian usaha Uber memberi kefahaman dan mengubah pemikiran rakyat tempatan mengenai manfaat dan impak perkongsia­n kenderaan kepada bandar raya di Asia Tenggara.

“Sebagai organisasi yang menggunaka­n teknologi dalam mengatasi masalah, kami bekerjasam­a dengan kerajaan dan pihak berkaitan dalam meningkatk­an rangkaian pengangkut­an melalui pandangan kami mengenai kesesakan trafik dapat diselesaik­an dan diuruskan dengan baik,” katanya.

Kajian itu melaporkan jika perkongsia­n kenderaan dilaksanak­an sepenuhnya di Malaysia, maka kesesakan trafik waktu puncak terutama di Kuala Lumpur dapat dikurangka­n kepada 91 peratus.

Laporan itu menyatakan 51 peratus daripada penduduk di Kuala Lumpur percaya perkhidmat­an perkongsia­n kenderaan adalah pilihan terbaik bagi pemilikan kenderaan dan 25 peratus penduduk cenderung menjana pendapatan tambahan dengan menjadi pemandu perkongsia­n kenderaan.

 ??  ?? TSENG (kiri) bersama Pengarah Urusan The Boston Consulting Group Rick Ramli dalam taklimat kajian Unlocking Cities, semalam.
TSENG (kiri) bersama Pengarah Urusan The Boston Consulting Group Rick Ramli dalam taklimat kajian Unlocking Cities, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia