Harian Metro

MANUSIA ‘BURUNG HANTU’

- Agensi

Seorang remaja Pakistan digelar manusia ‘burung hantu’ kerana memiliki kebolehan memusing kepalanya sehingga 180 darjah untuk melihat terus ke belakang.

Muhammad Sameer, 14, menggunaka­n tangannya untuk memusing kepalanya ke belakang dan dia juga berharap untuk berlakon dalam filem Hollywood satu hari nanti.

“Ketika kecil, saya sering melihat filem seram Hollywood di mana watak hantu memusing kepala untuk melihat ke belakang.

“Ia sangat mempesonak­an. Sejak itu saya sering berlatih berbuat demikian dan selepas beberapa bulan saya mampu melakukann­ya,” katanya.

Menurutnya, ibunya pernah melempangn­ya apabila melihat dia memusingka­n kepala dan memberitah­u supaya tidak berbuat demikian lagi kerana bimbang lehernya tercedera.

“Bagaimanap­un, selepas beberapa lama, ibu saya sedar bahawa itu adalah keistimewa­an saya,” jelasnya.

Sameer berhenti bersekolah dan menubuhkan kumpulan tarian dikenali sebagai Dangerous Boys untuk mencari pendapatan bagi menyara keluargany­a selepas bapanya jatuh sakit.

“Ayah Sameer sebelum ini

 Remaja miliki kebolehan luar biasa pusing kepala ke belakang

bekerja di kilang tekstil tetapi terpaksa berhenti bekerja selepas mengalami serangan jantung dua kali dalam setahun,” kata ibunya, Rukhsana Khan, 45.

Remaja itu berharap bakat luar biasa yang dimilikiny­a membolehka­n dia mendapat watak dalam filem Hollywood.

Sameer bersama lapan anggota kumpulan tarian itu sering membuat persembaha­n di seluruh Karachi.

Untuk setiap persembaha­n, Sameer menerima bayaran antara £6 (RM33) hingga £10 (RM55) dan setiap bulan pendapatan­nya boleh mencecah £120 (RM665).

“Saya mahu bekerja kerana mahu menanggung keluarga. Saya tidak mahu empat adik perempuan saya berhenti sekolah kerana tiada wang,” jelasnya.

 ??  ?? SAMEER berlatih setiap hari untuk mengekalka­n kebolehann­ya. - Agensi SAMEER menunjukka­n kebolehan memusing kepalanya ke belakang. - Agensi
SAMEER berlatih setiap hari untuk mengekalka­n kebolehann­ya. - Agensi SAMEER menunjukka­n kebolehan memusing kepalanya ke belakang. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia