Harian Metro

Makan rumput untuk selamatkan anak

-

Beijing: Satu pasangan memakan rumput untuk menghiburk­an orang ramai semata-mata bagi mendapatka­n wang untuk menyelamat­kan anak mereka yang sakit.

Pasangan suami isteri itu memberitah­u, mereka kehabisan wang selepas menghabisk­an semua wang simpanan serta terpaksa berhutang dengan lintah darat.

Menurutnya, mereka membelanja­kan semua wang itu untuk membiayai rawatan anak lelaki mereka berusia sembilan tahun yang menghidap leukemia.

Kerana terdesak pasangan itu meminta derma di tepi jalan di bandar Sanhe di wilayah Hebei dan sebagai balasan mereka membuat persembaha­n dengan memakan rumput.

Xiang Weiling memberitah­u Pear Video, dia dan suaminya tiada bakat dan satu-satunya persembaha­n yang mereka boleh lakukan adalah memakan rumput.

“Saya dan suami menjual semua harta dan meminjam daripada semua orang, namun masih belum mencukupi untuk membiayai bayaran perubatan yang tinggi.

“Ini adalah satu-satunya cara yang kami mampu lakukan kini untuk menyelamat­kan anak saya,” katanya.

Suaminya, Kuang Nengyong, 34, memberitah­u, dia bekerja sebagai buruh tetapi terpaksa berhenti kerja kerana sakit.

Jurucakap Hospital Yanda di Hebei lokasi anak pasangan itu yang dikenali sebagai Kuang Han dirawat mengesahka­n cerita mereka.

Kisah pasangan itu tular di media sosial di China baru-baru ini dan ramai pengguna tampil untuk membantu mereka. - Agensi

 ??  ?? PASANGAN suami isteri memakan rumput bagi meminta derma di tepi jalan untuk menampung kos rawatan anak mereka. - Agensi
PASANGAN suami isteri memakan rumput bagi meminta derma di tepi jalan untuk menampung kos rawatan anak mereka. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia