Harian Metro

Rupa-rupanya tak kacak

- Agensi

 Wanita lapor polis selepas teman lelaki berbeza dengan foto di Facebook

Seorang wanita membuat laporan polis selepas kecewa apabila kekasihnya yang dikenali di Facebook tidak setampan seperti gambarnya di media sosial.

Anah Syakila yang berasal dari Lebak di Banten memberitah­u, dia berkenalan dengan seorang lelaki kacak dari Tulungagun­g dikenali sebagai Rian di Facebook selama setahun.

“Kali pertama saya melihat gambar Rian, saya terus jatuh cinta kerana dia tampan.

“Rian juga sering memuat naik gambarnya di Facebook menyebabka­n saya yakin dia adalah individu yang sebenar,” katanya yang dipetik Bangka Pos.

Menurutnya, sepanjang pengenalan itu Rian sering memintanya datang ke Tulungagun­g tetapi dia menolak kerana mahu lelaki itu sendiri datang ke Banten.

Bagaimanap­un, baru-baru ini, Rian memberitah­u bahawa dia sakit menyebabka­n Syakila mengambil keputusan untuk datang ke Tulungagun­g.

Jarak dari Banten ke Tulungagun­g adalah kira-kira 860 kilometer dan perjalanan menaiki kereta mengambil masa selama 17 jam.

Apabila sampai di Tulungagun­g, Syakila terkejut apabila mendapati lelaki yang datang bertemunya sangat berbeza dengan wajah Rian di Facebook.

Kerana menyedari dia tertipu, Syakila membuat laporan polis.

Jurucakap polis, Dani Aristanto berkata, siasatan mendapati Rian adalah palsu dan nama sebenar lelaki berkenaan yang menyamar adalah Sugeng.

“Selepas disoal siasat Sugeng mengaku dia menggunaka­n foto lelaki lain untuk berkenalan dengan Syakila.

“Selepas berbincang Sugeng bersetuju membayar semua kos pengangkut­an dan penginapan Syakila di sini,” jelasnya.

 ??  ?? SYAKILA (tengah) bergambar dengan anggota polis selepas membuat laporan akibat ditipu kekasih Facebook. - Agensi
SYAKILA (tengah) bergambar dengan anggota polis selepas membuat laporan akibat ditipu kekasih Facebook. - Agensi
 ??  ?? WAJAH Sugeng sebenar (kiri) dan wajah Sugeng yang menyamar sebagai Rian di Facebook. - Agensi
WAJAH Sugeng sebenar (kiri) dan wajah Sugeng yang menyamar sebagai Rian di Facebook. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia