Harian Metro

Tertembak ‘anu’ sebelum berkahwin Daish tewas di Syria

- Reuters

Seorang bakal pengantin lelaki cedera selepas kemaluanny­a secara tidak sengaja ditembak tetamu ketika parti bujang sebelum upacara perkahwina­nnya.

Kejadian berlaku ketika Osman Al-A, 28, meraikan hari terakhirny­a sebagai lelaki bujang sebelum seorang rakannya melepaskan tembakan senjata api bagi memeriahka­n majlis berkenaan.

Bagaimanap­un, tembakan terkena bahagian kemaluan, paha dan tangan Osman menyebabka­n dia cedera dan terus dikejarkan ke hospital.

“Siasatan awal mendapati tembakan itu dilepaskan secara tidak sengaja oleh seorang tetamu lelaki berusia 26 tahun,” kata polis kepada media tempatan.

Menurutnya, lelaki itu melarikan diri selepas kejadian tetapi berjaya ditahan.

Insiden itu adalah kejadian terbaru membabitka­n tembakan senjata api pada majlis keraian di Mesir.

Bulan lalu, seorang remaja berusia 14 tahun maut selepas terkena tembakan senjata api dalam majlis perkahwina­n di El Hamool di Kafr El Sheikh.

Walaupun menyalahi undang-undang, melepaskan tembakan senjata api di majlis keramaian dilihat sebagai acara tradisi perkahwina­n di Arab dan negara Asia Barat. - Agensi

Tentera Syria semalam mengumumka­n kemenangan terhadap kumpulan Daish selepas mendakwa berjaya menawan bandar terakhir yang menjadi kubu kuat militan berkenaan.

Tentera berkata, askar dan sekutunya masih bertempur dengan militan di kawasan gurun berhampira­n Albu Kamal, bandar terakhir dikuasai Daish di Syria.

Bagaimanap­un, kejatuhan bandar itu menandakan tamatnya pemerintah­an khalifah di Syria dan Iraq yang diumumkan Daish pada 2014.

Selepas pertempura­n sengit untuk menawan semula beberapa bandar penting daripada Daish pada tahun ini, kejatuhan bandar terakhir itu berlaku dengan pantas.

Walaupun berikrar untuk bertempur hingga mati bagi mempertaha­nkan pemerintah­an itu, ramai militan menyerah diri atau melarikan diri.

Kumpulan militan itu juga mengalami kekalahan teruk di Iraq.

Seorang komander kumpulan pejuang prokerajaa­n memberitah­u, pertempura­n di Albu Kamal berlangsun­g sengit tetapi bandar itu ditawan pada hari yang sama serangan bermula.

“Ini menandakan kejatuhan projek organisasi Daish di wilayah ini,” kata tentera dalam satu kenyataan.

Nasib pemimpin utama Daish, Abu Bakr al-Baghdadi masih belum diketahui sama ada dia terbunuh dalam serangan udara atau pertempura­n, ditawan tetapi tidak dikenal pasti atau bersembuny­i di lokasi rahsia.

Tiga tahun lalu di sebuah masjid di Mosul, Iraq, Abu Bakr mengisytih­arkan dirinya sebagai khalifah selepas kejayaan kumpulan itu menawan sebahagian besar wilayah di Iraq dan Syria.

Mosul ditawan tentera Iraq pada Julai lalu selepas bertempur selama sembilan bulan dan diikuti dengan kejatuhan beberapa bandar lain.

Kemunculan terakhir pemimpin itu adalah pada September lalu apabila dia membuat satu rakaman suara dan berikrar berperang hingga mati.

 Tentera isytihar kemenangan selepas tawan kubu terakhir militan

 ??  ?? PEJUANG prokerajaa­n meronda di bandar Deir Ezzor yang terletak berhampira­n Albu Kamal, Syria. - AFP
PEJUANG prokerajaa­n meronda di bandar Deir Ezzor yang terletak berhampira­n Albu Kamal, Syria. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia