Harian Metro

India tutup sekolah kerana jerebu

-

New Delhi: Puluhan ribu sekolah di India terpaksa ditutup selepas kualiti pencemaran udara di negara itu mencecah paras bahaya untuk hari ketiga sejak ia dilanda jerebu teruk.

Kerajaan Punjab berkata, sesi persekolah­an di 25,000 sekolah di negeri itu terpaksa dihentikan selama seminggu selepas negeri utara India itu diselubung­i jerebu yang turut menjejaska­n negara jiran, Pakistan.

Keputusan itu dibuat selepas pihak berkuasa New Delhi sebelum ini bercadang menutup semua 6,000 sekolah di ibu kota itu sehingga Ahad ini.

Tiupan angin yang rendah dan pembakaran sisa tanaman selepas musim menuai di Punjab dan kawasan berhampira­n menyumbang kepada peningkata­n kualiti pencemaran udara.

Laporan di laman sesawang kedutaan Amerika Syarikat (AS) menunjukka­n bahawa bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) PM2.5 meningkat kepada 1,000 pada tengah hari Rabu di New Delhi dan kemudian turun kepada 590.

Garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyork­an seseorang hanya boleh terdedah kepada bacaan maksimum 25 dalam tempoh 24 jam.

Ia adalah kali kedua Delhi berdepan masalah itu apabila mempunyai kualiti pencemaran udara yang lebih teruk daripada Beijing.

Media turut melaporkan jerebu teruk juga mengakibat­kan beberapa kejadian kemalangan jalan raya di utara India.

Rabu lalu, lapan pelajar maut selepas sebuah trak merempuh mereka ketika menunggu bas di Punjab. AFP

 ??  ?? KEADAAN sebatang jalan raya di New Delhi semalam selepas India dilanda jerebu yang teruk. - AFP
KEADAAN sebatang jalan raya di New Delhi semalam selepas India dilanda jerebu yang teruk. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia