Harian Metro

Masa depan Kasma samar

- Sukhairi Thani sukhairi@bh.com.my

Kuala Lumpur: Masa depan pelumba berbakat, Kasma Daniel Kasmayudin pada Kejuaraan Motosikal Remaja Dunia (CEV) di Sepanyol musim depan masih samar namun fokusnya kini lebih tertumpu untuk memenangi pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix PETRONAS di laman sendiri di Dataran Bandar Penawar, Johor 18 dan 19 November ini.

Kasma secara matematikn­ya sudah merangkul gelaran juara keseluruha­n CP150 di Pulau Pinang meskipun Pusingan 9 itu dibatalkan susulan hujan lebat, minggu lalu.

Selepas sembilan pusingan, Kasma kini mengumpul 125 mata, 25 mata mengatasi Ahmad Afif Amran di tempat kedua dengan 100 mata.

“Saya gembira kerana dapat merangkul gelaran juara CP150 apatah lagi dapat mencipta sejarah merangkul keseluruha­n gelaran dipertandi­ngkan dalam tiga musim berturut-turut,” kata Kasma.

“Tidak ada lagi pelumba yang mencapai rekod seperti ini, jadi saya berbangga dengan apa yang dikecapi.

“Jadi, untuk perlumbaan di laman sendiri nanti, saya mahu memberi tumpuan penuh untuk memenangin­ya bagi menggembir­akan penyokong tempatan.”

Bagaimanap­un, Kasma yang menyertai musim pertamanya dalam kelas Moto3 di CEV musim ini seakan bergelut dengan pencapaian di pentas antarabang­sa, sekali gus memberi bayangan samar mengenai penyertaan­nya musim depan.

“Musim depan, ia masih belum diputuskan...semuanya masih dalam perbincang­an dan bergantung kepada pasukan,” katanya.

Musim depan, ia masih belum

diputuskan... semuanya masih dalam perbincang­an dan bergantung kepada pasukan

Kasma Daniel

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia