Harian Metro

Tiada rehat buat skuad kriket

- Mohd Khairie Khalid khairie@bh.com.my

Klang: Kejayaan meraih pingat emas kriket 50-overs dan perak lelaki T20 di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) pada Ogos lalu, iaitu yang pertama kali dipertandi­ngkan menjadi pemangkin semangat buat kapten negara, Mohd Anwar Arudin (gambar) untuk berdepan kejohanan lebih berprestij selepas ini.

Pemain berpengala­man yang kini berusia 33 tahun itu berkata, semua pemain tidak dapat ‘berehat’ sepenuhnya kerana mereka kini dalam persiapan menyertai Liga Kriket Dunia (WCL) yang dijadual berlangsun­g di negara ini pada April tahun depan.

Mohd Anwar yang mengetuai skuad KL2017 di Kinrara Oval berkata, WCL amat penting kerana pemain negara akan berhempas pulas bagi memastikan mereka mampu melonjak kembali ke Divisyen Tiga selepas tersingkir ke Divisyen Empat gara-gara hanya mencatatka­n satu kemenangan dan tiga kali tewas di Uganda, awal tahun ini.

“Selepas berjaya menjadikan impian satu kenyataan dan menghadiah­kan pingat emas di hadapan penonton sendiri sewaktu Sukan SEA Kuala Lumpur, kini persiapan kami adalah untuk menghadapi Liga Kriket Dunia yang akan diadakan di negara ini pada April tahun depan.

“Kami sedang melakukan persiapan ke arah itu kerana kami mahu menjadi juara dan kembali beraksi di dalam Divisyen Tiga. Saya lihat ia masa yang cukup baik kerana jarak antara kejohanan selepas Sukan SEA tidak terlalu jauh serta tidak rehat terlalu lama, InsyaAllah kami boleh dapatkan apa yang dihajati.

“Pingat emas di KL2017 juga menjadi kekuatan tambahan buat pasukan dan saya bangga dengan corak permainan pemain tempatan meskipun sedar saingan bakal diberikan ramai pemain luar negara, tetapi dalam masa sama saya harap akan ada pasukan luar datang beraksi di sini,” katanya.

Kami sedang melakukan persiapan ke arah itu kerana kami mahu menjadi juara”

Mohd Anwar Arudin

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia