Harian Metro

BAM tagih slot

Mahu lebih ramai pemain badminton diserap masuk ke dalam Program Podium

- Fabian Peter fabian.mark@nst.com.my

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berharap lebih ramai pemain akan diserapkan dalam Program Podium.

Difahamkan, badan induk negara itu sudah menghantar 20 pemain untuk dipertimba­ngkan dan keputusan siapa yang bakal dipilih dijangka diketahui hari ini.

Berdasarka­n senarai, BAM mempunyai 12 pemain yang berada di bawah Program Podium termasuk bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei dan juara remaja dunia 2015, Goh Jin Wei.

“Ketika Program Podium dilancarka­n, kami mempunyai lapan pemain dalam program berkenaan tetapi menghantar empat lagi nama bagi menjadikan­nya kepada 12 pemain.

“Badminton meraih pencapaian yang sangat baik sepanjang tahun dengan menyumbang­kan pingat di Olimpik dan kejohanan antarabang­sa yang lain. Jadi kami harap akan ada lebih ramai lagi pemain berada di bawah Program Podium.

“Dua minggu lalu kami menghantar senarai 20 nama kepada Program Podium. Jadi kita tunggu dan lihat keputusann­ya esok. 12 pemain yang sudah berada di bawah Program Podium sememangny­a layak,” kata Setiausaha Kehormat BAM, Datuk Ng Chin Chai.

Beliau ditemui ketika hadir merasmikan Liga Remaja Kebangsaan AirAsia BAM (Kuala Lumpur) di Stadium Badminton Cheras semalam.

Pemain lain yang turut berada di bawah Program Podium adalah beregu lelaki, Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Ong Yew Sin, Teo Ee Yi; beregu wanita, Vivian Hoo, Woon Khe Wei dan beregu campuran Chan Peng Soon, Tan Kian Meng, Goh Liu Ying serta Lai Pei Jing.

Dalam perkembang­an lain, Chin Chai turut mengumumka­n BAM akan mengadakan sesi pemilihan pemain di bawah umur 18 hingga 20 tahun Januari depan, selari dengan polisi baharu badan induk itu yang akan menggugurk­an pemain dan membawa masuk muka baharu.

FAKTA

Antara pemain yang disenaraik­an BAM adalah Chong

Wei dan Jin Wei

 ?? FOTO: ASWADI ALIAS ?? CHIN Chai (berdiri belakang, empat dari kanan) bersama peserta Liga Remaja Kebangsaan 2017 di Stadium Badminton Cheras, semalam.
FOTO: ASWADI ALIAS CHIN Chai (berdiri belakang, empat dari kanan) bersama peserta Liga Remaja Kebangsaan 2017 di Stadium Badminton Cheras, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia