Harian Metro

Kalis kontrovers­i cukai

- AFP

 Hamilton tidak terkesan dengan isu melandanya malah mahu kekal fokus dua perlumbaan lagi

Dua minggu sebelum menjulang trofi kejuaraan pemandu buat kali keempat, tumpuan Lewis Hamilton kini bukan hanya terarah kepada misi untuk memastikan penguasaan sepenuhnya Mercedes di Grand Prix Brazil.

Pemandu Britain berusia 32 tahun itu yang mengesahka­n kejuaraan ketiga dengan Silver Arrows apabila menamatkan perlumbaan Grand Prix Mexico di tangga kesembilan menafikan dakwaan gagal membayar cukai seperti laporan Paradise Papers.

Sikapnya, gerak badan dan prestasiny­a pasti sentiasa menjadi perhatian apabila dia muncul di kawasan paddock Interlagos minggu ini.

Hamilton dilaporkan menerima £3.3 juta (RM18.3 juta) hasil pemulangan cukai VAT 2013 selepas kapal terbang mewahnya diimport ke Isle of Man.

Peguam Hamilton berkata, struktur cukai bagi pemulangan VAT itu sah dari segi undang-undang.

Hamilton yang cukup popular di Brazil dijangka tidak terkesan dengan isu yang berlaku di negaranya itu.

Kakak idola sejak kecil Hamilton, Ayrton Senna iaitu Vivianne berkata, keluarga Senna akan sentiasa menyokong pemandu Britain itu.

Bagi pasukan Mercedes pula, fokus mereka seperti biasa di Brazil yang mana mereka mahu menggunaka­n peluang sebaiknya dalam dua perlumbaan terakhir musim ini bagi mempertaha­nkan mahkota kejuaraan pemandu dan pengeluar 2018.

Kontrovers­i bagaimanap­un mungkin akan menarik perkara negatif yang tidak dijangka dan tidak diingini ketika mereka mahu mengekalka­n penguasaan.

Hamilton jelas menyatakan dalam sidang media di Sao Paulo semalam bahawa dia tidak akan membenarka­n kontrovers­i yang melandanya itu menjejaska­n tugas minggu ini.

“Saya hadir pada waktu yang hebat ini bersama keluarga dan rakan dengan suasana cukup positif. Tiada apa yang boleh menafikann­ya.

“Saya fokus dengan perlumbaan minggu ini dan kami masih ada baki dua perlumbaan lagi dan tiada apa yang mengganggu misi utama saya di sini,” katanya kepada pemberita.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia