Harian Metro

TARING JUNIOR

- AFP

yang turut berharap dapat memulakan perlawanan dalam skuad utama. “Ia satu pengalaman yang hebat untuk berada di sana.

“Saya berada dalam keadaan baik dan saya harap saya mampu untuk beraksi,” katanya.

Dengan ketiadaan bintang Bayern Munich, Thomas Mueller yang tersisih susulan kecederaan, Goetze nyata memiliki peluang lebih cerah untuk memulakan perlawanan dalam kesebelasa­n utama.

“Untuk pasukan kebangsaan, saya pernah bermain di beberapa posisi. Namun posisi kegemaran saya adalah di bahagian tengah,” katanya. - AFP

London

Pertembung­an England dengan Jerman pada aksi persahabat­an di Stadium Wembley awal pagi esok dilihat peluang terbaik buat tonggak muda untuk cuba merebut tempat dalam senarai yang akan dibawa ke kempen Piala Dunia tahun depan.

Kedua-dua pasukan dihimpit masalah kecederaan dan menyaksika­n ramai pemain bintang terpaksa diketepika­n.

Harry Kane, Dele Alli dan Raheem Sterling antara pemain England sah tersisih manakala Jerman akan ke Wembley tanpa Manuel Neuer, Jerome Boateng dan Thomas Mueller.

“Saya tidak pernah beraksi di sana,” kata pertahanan Jerman, Niklas Suele, 22,

yang dijangka akan berganding­an dengan rakan sepasukann­ya di Bayern Munich, Mats Hummels di posisi pertahanan tengah.

“Ia satu stadium terbesar dan terbaik di dunia. Ia pasti satu penghargaa­n buat saya dapat beraksi di sana.”

Pemain tengah, Ilkay Gundogan dan Mario Goetze yang baru pulih daripada kecederaan berharap dapat membuktika­n mereka layak berada dalam senarai skuad Piala Dunia Jerman selepas kali terakhir beraksi dalam skuad Joachim Loew setahun lalu.

Namun pengendali England, Gareth Southgate berhasrat memanfaatk­an aksi dengan Jerman dan Brazil sebagai medan menguji kemampuan pasukan sebelum ke Russia tahun depan.

“Kami mengharung­i fasa yang membolehka­tanya

 Aksi England, Jerman medan bintang muda ‘buka mata’ pengendali terpilih ke Piala Dunia

kan kami melihat apa jua kemungkina­n. Bagaimana kami dapat tingkatkan kemampuan pasukan dan bagaimana kami dapat teruskanny­a,” katanya menjelang pertembung­an

itu.

 ?? Mario Goetze ?? Saya berada dalam keadaan baik dan saya
harap saya mampu untuk
beraksi PEMAIN England berlatih di St George's Park, Burton Upon Trent.
Mario Goetze Saya berada dalam keadaan baik dan saya harap saya mampu untuk beraksi PEMAIN England berlatih di St George's Park, Burton Upon Trent.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia