Harian Metro

Imbuhan RM1 juta

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

 Pemain, pegawai pasukan Harimau Selatan terima ‘durian runtuh’ selepas julang Piala Malaysia

Semua pemain dan pegawai pasukan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) akan menerima durian runtuh sebanyak RM1 juta daripada kerajaan negeri selepas mereka berjaya merangkul Piala Malaysia, Sabtu lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pemberian imbuhan itu bagi menghargai jasa dan kejayaan diperoleh pasukan berkenaan bagi meningkatk­an mutu bola sepak negeri ini.

“Pemberian imbuhan ini diputuskan dalam mesyuarat Exco negeri dipengerus­ikan saya, kelmarin hasil kejayaan menewaskan Kedah 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

“Ia penghargaa­n kepada pasukan Johor DT dan kami berharap pasukan ini akan terus melakar pelbagai kejayaan selepas ini,” katanya ketika mengumumka­n imbuhan itu pada majlis sambutan Deepavali peringkat negeri Johor di Dewan Raya Taman Universiti, di sini, malam kelmarin.

Sebelum ini, Mohamed Khaled berkata, kerajaan negeri akan mengumumka­n insentif kepada pasukan Johor DT selepas berjaya menjulang Piala Malaysia.

Imbuhan itu sebagai menghargai usaha serta kerja keras Johor DT menjulang piala itu selepas kali terakhir Johor memenangi Piala Malaysia

26 tahun lalu.

Pada perlawanan akhir itu, Johor DT menewaskan Kedah 2-0 menerusi jariangan Aidil Zafuan Radzak dan Gonzalo Cabrera pada setiap babak.

Johor menjuarai Piala Malaysia pada 1985 dan 1991 sebelum mutu bola sepak negeri itu merudum.

 ??  ?? KHALED (berdiri tengah, lima dari kanan) bersama pemain JDT meraikan kemenangan Piala Malaysia 2017.
KHALED (berdiri tengah, lima dari kanan) bersama pemain JDT meraikan kemenangan Piala Malaysia 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia