Harian Metro

Usah ghairah buru pemain import hingga jadi mangsa ejen

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianath­an mengingatk­an setiap pasukan supaya tidak terlalu ghairah memburu pemain import hingga menjadi mangsa permainan ejen.

Sathia, yang juga jurulatih

(gambar)

FELDA United berkata, keadaan itu berlaku apabila pasukan terdesak untuk mendapatka­n pemain import hingga sanggup membayar berapa saja yuran perpindaha­n serta gaji yang ditetapkan oleh ejen.

Malah, Sathia mendedahka­n Liga Malaysia kini menjadi ‘lubuk emas’ kepada pemain import kerana gaji yang diterima oleh mereka berkali-kali ganda jauh lebih tinggi berbanding yang dibayar kelab di negara lain seperti Thailand dan Indonesia.

“Saya baru pulang dari Indonesia dengan maklumat yang saya dapat amat memeranjat­kan. Saya diberitahu oleh rakan sejawat di sana gaji yang mereka bayar untuk pemain import jauh lebih rendah berbanding kita.

“Bukan sedikit, malah dua atau tiga kali ganda lebih rendah sedangkan kualiti pemain import mereka sama dengan pemain luar yang beraksi di negara kita.

“Sebelum ini, saya juga ada merisik dengan beberapa orang rakan yang terbabit dengan Liga Thailand dan Bahrain. Saya dapati keadaan yang sama apabila membuat perbanding­an mengenai gaji pemain import mereka dengan kita.

“Rupa-rupanya selama ini kita ditipu hidup-hidup oleh ejen yang kononnya gaji diminta lebih kurang sama seperti yang mereka kenakan ke atas kelab di negara jiran kita.

“Patutlah Liga Malaysia sekarang menjadi sasaran ejen untuk menjual pemain kerana mereka dapat ‘makan besar’ di sini melalui komisen yang diterima,” kata Sathia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia