Harian Metro

Pembanguna­n akar umbi tuai hasil

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Lumpur: Prestasi memberangs­angkan skuad pelapis negara dalam beberapa kejohanan yang disertai dilihat mampu membawa sinar baharu kepada arena bola sepak negara pada masa akan datang.

Ketika prestasi skuad senior negara terumbang-ambing dan gagal memberikan persembaha­n meyakinkan, barisan muda negara nyata gah memberi cabaran di peringkat kelayakan hingga berjaya menempah tiket ke saingan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) tahun depan.

Bermula dengan skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara bimbingan Datuk Ong Kim Swee, mereka mencipta kejutan apabila mengunggul­i Kumpulan H yang turut dihuni gergasi Asia Tenggara, Thailand sekali gus mara ke Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China, Januari depan.

Kecemerlan­gan itu diteruskan skuad Bawah 16 tahun (B-16) apabila anak buah Lim Teong Kim berjaya mengesahka­n status sebagai lima pasukan naib juara terbaik pada pusingan kelayakan meskipun sudah memiliki tiket automatik selaku tuan rumah Kejohanan B-16 AFC 2018.

Malam kelmarin, skuad Bawah 19 tahun (B-19) negara memberi satu lagi berita gembira walaupun terpaksa menanti penuh debaran turut mara ke saingan Kejuaraan B-19 AFC 2018 di Indonesia apabila anak buah Bojan Hodak itu muncul lima naib juara terbaik selepas muncul naib juara Kumpulan F di belakang Korea Selatan.

Justeru, bekas pembantu jurulatih skuad kebangsaan era 80-an, Datuk Khaidir Buyong mengakui hakikat ini sedikit sebanyak membuktika­n betapa program pembanguna­n yang dijalankan sebelum ini sudah mula menunjukka­n hasil.

“Saya gembira apabila melihat prestasi skuad pelapis negara dan mereka inilah aset negara yang akan membantu memulihkan kembali kualiti bola sepak negara. Jika selama ini kita berdepan ‘penyakit’ apabila bola sepak kita kian merosot, pemain pelapis inilah yang akan menjadi ‘ubatnya’.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia