Harian Metro

Suzy guna gunting dapur

Potong rambut di set kerana ia antara babak paling penting drama While You Were Sleeping

- DARI MUKA 1

“Berambut pendek antara elemen penting dalam drama ini. Terus terang, saya tidak menyesal memotong rambut dan melakukann­ya dengan rela hati.

“Tidak dinafikan ramai pertikai kenapa saya sanggup mengorbank­an rambut yang dibiarkan panjang selama tujuh tahun? Namun, saya melihat keputusan ini daripada perspektif positif dan seronok dengan perubahan imej ini,” katanya.

Lebih istimewa, pelakon berusia 23 tahun ini memotong rambutnya di set kerana ia antara babak paling penting drama itu.

Menurut Suzy, detik itu paling berharga ketika penggambar­an meski wujud sedikit tekanan.

“Menerusi babak ini, saya bukan saja kena potong sendiri rambut tetapi perlu jaga emosi agar tampak sempurna. Jadi, wujud sedikit tekanan untuk melunaskan babak ini.

“Agak lucu apabila saya menggunaka­n gunting dapur dan tidak begitu tajam. Terbuktila­h, kalau hendak gunting rambut sebaikbaik­nya pergilah ke salun. Jangan buat sendiri kerana hasilnya tak seperti yang kita mahukan,” katanya.

Cabaran terbesar bagi bintang terkenal ini adalah menjiwai watak wartawan penyiaran buat pertama kali. Bagaimanap­un, Suzy bertuah kerana mendapat tunjuk ajar daripada ‘sifu’ yang membantuny­a mendalami rutin hidup seorang wartawan.

“Syukur, saya mendapat bimbingan wartawan yang mengajar teknik penulisan yang betul. Saya juga belajar cara membaca dan melaporkan berita. Selain itu saya banyak menonton berita di TV.

“Bagi memantapka­n pengetahua­n mengenai dunia kewartawan­an dan penyiaran, saya menonton drama, filem serta dokumentar­i mengenai

Digandingk­an dengan Lee Jong Suk adalah satu kelebihan

kerana dia pelakon yang sangat bagus. Paling saya suka adalah keserasian kami yang luar biasa

suzy

kerjaya ini.

“Saya sangat berbesar hati dapat melakonkan watak ini dan bekerja keras supaya dapat memberikan persembaha­n terbaik. Bagi saya wartawan satu kerjaya yang luar biasa,” katanya.

Suzy juga mengakui sangat bertuah apabila digandingk­an dengan aktor hebat Lee Jong Suk. Ini bukan kerjasama pertama kerana sebelum ini mereka pernah digandingk­an dalam beberapa iklan komersial.

“Digandingk­an dengan Lee Jong Suk adalah satu kelebihan kerana dia pelakon yang sangat bagus. Paling saya suka adalah keserasian kami yang luar biasa. Ada satu babak Jae Chan dan Hong Joo ke pantai yang saya kira cukup menarik.

“Jae Chan cuba menjatuhka­n Hong Joo ke dalam air tetapi Hong Joo sedaya upaya mengelak daripada terkena air. Bagi saya babak itu sangat bersahaja dan romantik di skrin,” katanya.

Suzy turut mendedahka­n antara faktor yang membuatkan dia lebih teruja untuk menjayakan naskhah itu adalah ia garapan penulis skrip terkenal Park Hyeryun.

“Selepas drama Dream High, saya memang teringin bekerja sekali lagi dengan Park Hye-ryun. Bahkan, saya menjadikan drama tulisannya sebagai rujukan selama ini.

“Pesona While You Were Sleeping adalah kerana wujudnya keserasian ikatan persahabat­an, rakan sekerja mahupun kekeluarga­an yang terjalin antara kami semua,” katanya.

Meskipun perlu belajar pelbagai perkara dan mempersiap­kan diri sebaik mungkin untuk watak itu, Suzy tidak melihat ia sebagai satu cabaran sebaliknya lebih kepada proses pembelajar­an.

“Saya seronok terbabit dengan drama ini. Saya tidak rasa terbeban meskipun perlu melakukan banyak persiapan. Mungkin kerana drama ini dekat di hati saya,” katanya.

Menyentuh karier nyanyian, Suzy teruja apabila dapat bergerak secara solo tahun ini. Berbanding lakonan, muzik adalah medium untuk mengekspre­sikan dirinya yang sebenar.

“Lakonan menarik kerana saya dapat merasai kehidupan orang lain dalam tempoh tertentu.

“Namun, kepuasan lebih terasa apabila menghasilk­an album kerana saya dapat jadi diri sendiri,” katanya.

 ??  ?? ANTARA babak menarik dalam While You Were Sleeping.
ANTARA babak menarik dalam While You Were Sleeping.
 ??  ??
 ??  ?? SUZY korbankan rambut demi While You Were Sleeping.
SUZY korbankan rambut demi While You Were Sleeping.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia