Harian Metro

‘Sado’ tanpa bakat tak ke mana...

- Sudirman Mohd Tahir s udirman@hmetro.com.my

Kemu ncu lan pelakon lelaki berbadan sasa atau ‘sado’ sudah menjadi satu trend.

Kebanyakan mereka berlumba-lumba untuk mendapatka­n bentuk tubuh menarik.

Perkara itu membuatkan syarikat produksi rambang mata memilih calon sesuai untuk dijadikan hero dalam karya terbitan mereka.

Apatah lagi, sejak kebelakang­an ini penampilan seseorang pelakon itu menjadi sandaran utama sehingga mengetepik­an bakat yang ada.

Sejauh mana kebenarann­ya, program Cuit Sikit yang ditayangka­n secara langsung di Facebook Harian Metro (HM) malam kelmarin terpanggil untuk membicarak­an isu itu menerusi topik Sado Merecik.

Menampilka­n dua pelakon popular, Aaron Aziz dan Idris Khan dianggap calon sesuai untuk membicarak­an topik itu.

Bagi Aaron yang popular menerusi filem KL Gangster, dia tetap berpegang pada prinsip iaitu bakat perlu diutamakan.

Aaron jelas tidak bersetuju sekiranya bentuk tubuh dimiliki menjadi sebab dia dipilih membintang­i sesebuah karya.

“Tidak dinafikan penampilan seseorang pelakon menjadi daya penarik dalam sesebuah karya. Malah, apabila bercakap mengenai hero, apa yang terlintas di fikiran adalah pelakon berkenaan perlu memiliki badan ‘sado’.

“Saya okey dengan persepsi sedemikian. Cuma, saya tetap dengan pendirian bakat juga memainkan peranan penting. Kata orang, seseorang pelakon perlu hadir dengan pakej. Kalau dia ‘sado’ tapi berlakon kaku, tidak guna juga dan penonton tetap mengata.

“Jadi, apa yang penting adalah bakat seseorang. Bagi saya, memiliki badan ‘sado’ satu bonus. Memang betul peminat sukakan sesuatu yang menarik, tapi sampai bila? Akhirnya nanti ia tetap memberikan persepsi sebaliknya,” katanya.

Pada masa sama, Aaron juga mengakui dia tidak pernah terfikir artis yang memilik badan ‘sado’ dijadikan simbol seks.

“Saya tidak faham kenapa ada yang beranggapa­n sebegitu seolah-olah kami masuk industri kerana perkara ini. Bagi saya, tak ada siapa yang ingin dilabel sedemikian. Jadi, saya fikir masyarakat kita belum sampai tahap ini,” katanya.

Sependapat dengan Aaron, Idris juga menepis tanggapan segelintir pihak artis berbadan sado ini dijadikan umpan untuk menarik perhatian.

Malah, Idris yang juga pelakon drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin ini mengakui terkejut apabila diminati kaum sejenis hanya kerana bentuk badan dimiliki.

“Dalam perkara ini, ia jatuh kepada pilihan dan keinginan masing-masing. Tidak dinafikan ada yang suka melihat lakonan dan tidak kurang juga yang memuja ketampanan atau penampilan pelakon berkenaan.

“Sebagai selebriti, kami berdepan dengan ramai orang. Baik peminat lelaki atau perempuan, masingmasi­ng ada cita rasa. Jadi, kita tidak tahu minat mereka cenderung ke arah mana. Jadi, saya fikir apabila dijadikan simbol seks sesuatu yang di luar kotak fikiran,” katanya.

Idris juga mempunyai pendapat tersendiri apabila ada segelintir pihak beranggapa­n memiliki badan sado susah untuk memainkan sesuatu watak.

“Dalam perkara ini ia terpulang kepada skrip. Sebagai contoh, kalau skrip inginkan pembuat jalan badan sado, jadi tak ada masalah jika pelakonnya pun berbadan sado. Namun, sekiranya cerita dipaparkan berkisar mengenai kepayahan watak berkenaan, penerbit perlu ada pilihan lain.

“Tidak semestinya semua watak memerlukan pelakon badan sado. Macam saya katakan tadi, ia berbalik kepada skrip. Malah, tidak semestinya nak jadi pelakon utama atau hero perlu berbadan sado,” katanya.

 ??  ?? AARON dan Idris membicarak­an topikSado Merecik. Kata orang, seseorang pelakon perlu hadir dengan pakej. Kalau dia ‘sado’ tapi berlakon kaku, tidak guna juga dan penonton tetap mengata
AARON dan Idris membicarak­an topikSado Merecik. Kata orang, seseorang pelakon perlu hadir dengan pakej. Kalau dia ‘sado’ tapi berlakon kaku, tidak guna juga dan penonton tetap mengata
 ??  ?? Tidak semestinya semua watak memerlukan pelakon badan sado. Macam saya katakan tadi, ia berbalik kepada skrip
Tidak semestinya semua watak memerlukan pelakon badan sado. Macam saya katakan tadi, ia berbalik kepada skrip
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia