Harian Metro

PINTU BARU KERJAYA SENI

- Syafil Syazwan Jefri s yafil.s yazwan@ hmetro.com.my

Virgoun promosi single sulung berjudul Surat Cinta

Untuk Starla di Malaysia

Membesarde­ngan lagu dari Malaysia, penyanyi Indonesia Virgoun menganggap industri muzik negara ini tidaklah asing buatnya.

Bagi penyanyi berusia 31 tahun ini, kehadiran kali pertama ke Malaysia umpama membuka pintu baru kepada kerjaya seninya untuk terus berkembang.

“Saya membesar dengan lagu penyanyi Malaysia seperti Iklim, Slam, Exists, Ella dan Nora. Cara saya menulis lirik juga banyak dipengaruh­i lagu era 1990-an,” katanya yang hadir ke Malaysia mempromosi­kan single sulungnya berjudul Surat Cinta Untuk Starla.

Virgoun berkata, lagu itu sudah dilancarka­n di Indonesia kira-kira setahun lalu, namun baru-baru ini ia mula tular di YouTube.

“Selepas setahun dilancarka­n dan pada Februari lalu, saya melancarka­n video muziknya.

“Selepas tiga bulan di YouTube, jumlah tontonan sudah mencecah 100 juta! Saya terkejut kerana ia sangat pantas,” katanya.

Sebelum bergerak solo, Virgoun adalah anggota band Last Child yang memperjuan­gkan muzik alternatif rock.

“Dalam band, muzik yang dibawakan berbeza dengan muzik saya sebagai penyanyi solo. Band masih ada dan aktif, cuma saya mencuba nasib sebagai penyanyi solo,” katanya.

Bercerita mengenai lagu Surat Cinta

Untuk Starla, Virgoun berkata, ada beberapa keunikan dari segi elemen bunyi yang disuntik.

“Tidak banyak peralatan muzik yang digunakan dalam lagu ini. Keunikanny­a adalah apabila saya masukkan bunyi mesin taip bagi disesuaika­n dengan judul lagu.

Jadi, umpama ia disampaika­n dalam bentuk menaip.

“Saya memang gemar bermain dengan bunyi dan menjadi seorang artis yang memicu muzik menggunaka­n pelbagai peralatan tidak pernah digunakan,” katanya.

 ??  ?? Tidak banyak peralatan muzik yang digunakan dalam lagu ini. Keunikanny­a adalah apabila saya masukkan bunyi mesin taip bagi disesuaika­n dengan judul lagu
Tidak banyak peralatan muzik yang digunakan dalam lagu ini. Keunikanny­a adalah apabila saya masukkan bunyi mesin taip bagi disesuaika­n dengan judul lagu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia