Harian Metro

Durian Raja Kunyit jadi rebutan

-

302,000 metrik tan.

“Sehingga kini, sebanyak 204 varieti durian sudah didaftarka­n di bawah DOA. Antara varieti durian yang popular ialah varieti Musang King, D24, Hajah Asmah (D168) dan Duri Hitam (D200).

“Durian kini dianggap sumber kekayaan baru, maka kita perlu pastikan kualiti penanaman, pembungkus­an, pelabelan dan pemasaran berada pada tahap tertinggi dan ia memerlukan kerjasama semua pihak,” katanya pada majlis penanaman Musang King yang ke-500,000 di Kluster Durian Raub, di Kampung Pamah Rawas, Raub, Pahang, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankua­sa Koperasi, Keusahawan­an dan Kepengguna­an Pahang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri

(ADUN) Dong Datuk Seri Shahiruddi­n AbMoin dan Ketua Pengarah Pertanian Datuk Ahmad Zakaria Mohamad Sidek.

Ahmad Shabery berkata, dengan kejayaan penanaman Musang King ke 500,000, daerah Raubakan menjadi pengeluar durian Musang King terbesar di Pahang sekali gus akan menjadi ikon untuk daerah Raub.

“Setakat ini, terdapat 370 pengeluar dan penanam durian di daerah Raub membabitka­n keluasan tanaman 11,152.69 hektar membabitka­n tujuh mukim di Batu Talam, Dong, Gali, Hulu Dong, Sega, Semantan Hulu dan Tras.

“Jumlah keseluruha­n nilai eksport durian pada 2015 adalah RM65 juta (25.0 tan metrik) manakala RM74 juta pada 2016.

“Durian yang dieksport dalam bentuk sejuk beku

 ??  ?? RASA isi yang pahit, lemak, manis, ulas yang tebal serta kekuningan selain tidak melekit di tangan pakej lengkap terdapat dalam durian Musang King serba lengkap sebagai buahan Raja Buah.
RASA isi yang pahit, lemak, manis, ulas yang tebal serta kekuningan selain tidak melekit di tangan pakej lengkap terdapat dalam durian Musang King serba lengkap sebagai buahan Raja Buah.
 ??  ?? AHMAD Shabery menerima anak pokok Musang King daripada pengusaha nurseri Musang King, Zamri Othman.
AHMAD Shabery menerima anak pokok Musang King daripada pengusaha nurseri Musang King, Zamri Othman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia